Budak pandu simulator dan Vios bukan orang sama

Video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki bermain simulator kereta lumba bukan individu sama yang terlibat dalam kemalangan Toyota Vios yang berlaku di Langkawi baru-baru ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh ibu bapa kanak-kanak terbabit yang tampil di ruangan komen video tular itu.

“Budak ini ke? Kalau awak cakap budak ini (bermakna) awak dah fitnah,” tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan



Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit di Facebooknya berkata, terdapat individu tidak bertanggungjawab memuat naik kembali video anaknya yang sedang bermain permainan simulator dan menulis kapsyen seolah-olah anaknya yang terlibat dengan kejadian di Jalan Bukit Tangga, Langkawi itu.

“Kat Tiktok dah kena padam. Mak cik Kepoh ini buat pasal, habis ‘viral’ yang bukan-bukan.

“Maaf ya, kami tiada kaitan dengan budak viral Langkawi itu. Kami tiada Vios,” katanya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikesan memandu Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga pada Selasa lalu.



Kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai bagi membeli permainan.

Video kemalangan terbabit tular dengan orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker