“Assalamualaikum baby A” – Rebecca Nur Al Islam

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam selamat melahirkan cahaya mata keenam pada pagi Jumaat.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Rebecca menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
“Assalammualaikum semua. Alhamdulillah di pagi Jumaat yang penug barakoh, hari ini pada tarikh 12 05 2023, pada pukul 8:30 pagi tadi saya telah melahirkan anak lelaki saya secara pembedahan.

“Syukur kepada Allah SWT semuanya berjalan dengan baik, bayi lelaki saya dilahirkan 38 minggu lebih dengan seberat 2.71 kg dan tingginya 34 cm,” maklumnya.

Dalam hantaran yang sama, Rebecca juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada suami tercinta, Datuk Nur Azman Sulaiman.
“Terima kasih kepada suami tercinta dari awal hamil sampai lah hari ini, bersalin sentiasa setia bersama menemani. Terima kasih papa.
“Mummy Becca ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang banyak menitipkan doa untuk mummy dan baby. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya,” coretnya.
Bagaimanapun, Rebecca belum mendedahkan nama anaknya lagi dan cuma memberikan bayang huruf A sahaja.
“Assalamualaikum baby A,” tulisnya ringkas di ruangan IG Story.
Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Nur Azman pada 14 Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4 dan Nor Aurora Riana, 4. – Gempak

 

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker