Anjing gembala terkam dan gigit ‘telur’ anggota polis

LONDON – Seekor anjing gergasi yang dipelihara untuk melindungi haiwan ternakan daripada diserang binatang buas bertindak menggigit ‘telur’ seorang anggota polis, lapor portal berita Daily Star semalam.

Anggota polis itu, Andy Brand mengalami kesakitan teramat apabila anjing gembala baka Caucasian itu  membenamkan gigi pada kemaluannya dalam kes yang didengar di Mahkamah Syerif Glasgow, Scotland baru-baru ini.

Anjing peliharaan Ridwan Islam berusia tiga tahun itu menerkam kemaluan anggota polis berkenaan pada 11 Jun 2022 di pusat bandar Glasgow. Dia kemudian dijatuhi hukuman denda  £270 (RM1,499).



Anggota polis tersebut diberikan suntikan tetanus dan antibiotik, manakala Ridwan mengaku bersalah kerana gagal mengawal anjing peliharaannya.

Peguam tertuduh, Haroun Malik meminta mahkamah tidak  menghapuskan anjing itu dan berkata: “Ridwan kesal dan meminta saya menelefon anggota polis itu dan meminta maaf.”

“Dia  sedar ia perkara serius kerana anjing itu tidak berada di bawah kawalannya. Ini adalah kejadian terpencil.

“Anak guam saya sanggup bertanggungjawab dan menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh mahkamah,” kata Haroun – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker