DAP sedang umpan Melayu untuk jadi boneka – Hadi Awang
Abdul Hadi Awang mendakwa DAP menyasarkan Melayu yang “jahil agama” untuk dijadikan calon parti berkenaan dalam usaha mereka “mendapatkan kuasa politik” di negara ini.
Dalam siri terbaru serangan presiden PAS itu ke atas DAP hari ini, dia mendakwa DAP turut “mengumpan” tokoh Melayu tertentu untuk dijadikan boneka parti terbabit.
Seperti biasa Abdul Hadi memulakan hantaran panjangnya dengan memetik pelbagai kisah sejarah dan mendakwa setiap tindakan PAS adalah berdasarkan kepada apa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.
Antaranya termasuk berkenaan hubungan Nabi Muhammad dengan kaum Yahudi.
Abdul Hadi mendakwa DAP bersikap anti-Islam manakala PKR dan Amanah mengutamakan kerjasama dengan parti tersebut atas dasar matlamat menghalalkan cara.
Kata bekas duta khas bertaraf menteri semasa kerajaan PN itu turut menganggap kedua-dua parti berkenaan sebagai “syaitan bisu” dan menjadi jurucakap DAP secara percuma.
“Selain itu, DAP juga merancang untuk mendapatkan kuasa politik negara setelah kaumnya menguasai ekonomi supaya mereka dapat memerintah negara melalui pilihan raya dengan meletakkan calon-calon di kawasan Melayu dan calon-calon Melayu yang berfahaman liberal, sekular, oportunis dan jahil agama.
“Bahkan, ada kalangan Melayu yang diumpan menjadi ketua kerajaan bonekanya,” dakwa Abdul Hadi.
Untuk rekod 10 hari lalu selepas seorang bekas ahli parlimen mencadangkan kepada Khairy Jamaluddin agar personaliti itu menyertai DAP.
Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dan gagal memenangi kerusi parlimen Sungai Buloh dalam PRU ke-15 lalu dipecat Umno pada 27 Jan lalu. Dianggap popular dalam kalangan orang ramai, Khairy masih belum menyatakan rancangan dalam langkah politiknya.
Bagaimanapun namanya disebut-sebut sebagai potensi calon dalam PRN tidak lama lagi.
Pada 2 Mei lalu bekas ahli parlimen Bangi, Ong Kian Ming menyarankan Khairy menyertai DAP kerana parti itu memerlukan seorang calon perdana menteri bagi negara ini.
“Kamu berdua sesuai,” kata Ong dalam program bual bicara kendalian Khairy serta bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.
Mengenai Umno, Abdul Hadi mendakwa PAS menolak mereka kerana ada antara pemimpin parti terbabit meninggalkan asas perjuangan mereka “semata-mata kerana ingin mengejar jawatan, harta dan kepentingan diri.”
Pada masa sama dakwa ahli parlimen Marang itu lagi PAS terbuka menerima bukan Islam yang tidak menolak dasar Islam dan ia dibuktikan parti itu dengan kewujudan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).
“PAS tidak pernah melanggar syarat-syarat tahaluf kerana perbuatan itu diwajibkan oleh Islam,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengkhianatan ND Lala tidak dapat dilupakan – Isteri
- Ibu ceritakan yang sebenar isu anak berumur 6 tahun pandu keluar kereta
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk
- Ira Kazar dipuji
- Pemberian projek KDN babit ‘Datuk Seri’, penafian Hamzah tanda goyang?
- FamilyMart Malaysia putuskan untuk henti jual minuman alkohol
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Lantikan politik di bawah Kementerian Mat Sabu terdiri daripada kalangan pemimpin PH
- Farid ceria bersama Fathia
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Madu saya bukan penyondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)
You must be logged in to post a comment.