Kuala Lumpur ke-8 paling banyak bangunan tinggi di dunia

Kuala Lumpur ke-8 paling banyak bangunan tinggi di dunia

Kuala Lumpur mencipta sejarah kerana bukan sahaja memiliki paling banyak bilangan pencakar langit di rantau Asia Tenggara berbanding ibu-ibu kota jirannya, malah berada di tangga kelapan banyak bangunan tinggi di peringkat dunia.

Demikian laporan terkini diterbitkan sebuah badan bukan kerajaan dikenali Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) yang berpusat di Chicago, Amerika Syarikat (AS).

Dengan pangkalan data bersepadu lebih 40,000 buah bangunan di seluruh dunia sejak ditubuhkan pada 1969, ia juga disertai kira-kira sejuta profesional dalam bidang berkenaan.

Secara teknikal, bangunan tinggi diukur berdasarkan jarak ketinggiannya 150 meter ke atas dari aras bawah yang kelaziman menjadi asas panduan standard jurubina bertauliah.

CTBUH yang mempunyai pejabat cawangannya di Shanghai, China dan Venice, Itali turut dijadikan rujukan pemain industri termasuklah perancang bandar serta pemaju hartanah.

Berdasarkan laporan yang tular dikongsikan pengguna media sosial di luar negara, Kuala Lumpur ketika ini memiliki sejumlah 211 bangunan tinggi meliputi 154 buah berketinggian 150 meter sehingga 199 meter, 52 buah pula setinggi 200 meter sehingga 299 meter dan baki lima lagi melebihi 300 meter.

Menurut CTBUH, pencakar langit pertama di Kuala Lumpur lebih 150 meter ialah Menara KH atau juga disebut Menara Promet yang siap pada 1983 dengan ketinggian 152 meter.

Walau bagaimanapun, laporan berkenaan tidak melibatkan Merdeka 118 yang dijangka siap bila-bila masa pada tahun ini namun masih belum lagi diperakui oleh badan tersebut.

Hong Kong di China menerajui carta global dengan 657 bangunan tinggi, masing-masing 553 buah yang lebih 150 meter, 98 buah lebih 200 meter dan enam lagi lebih 300 meter.

Bahkan, empat bandar raya di China terdapat dalam senarai 10 teratas iaitu Shenzhen di tangga kedua, Guangzhou (kelima), Shanghai (keenam) dan Chongqing (kesembilan).

Turut termasuk dalam carta 10 teratas global ialah New York City, AS di tangga ketiga, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (keempat); Tokyo, Jepun (ketujuh) dan Chicago, AS (ke-10).

Sekiranya diteliti, Shenzhen mempunyai paling banyak pencakar langit yang tinggi 200 meter ke atas iaitu 130 buah diikut Dubai (116), Hong Kong (98) dan New York City (95).

Sementara Dubai pula memiliki jumlah bangunan berketinggian lebih 300 meter paling banyak iaitu 28 buah disusuli Shenzen dan New York City masing-masing sama 16 buah.

Jika perbandingan data di rantau Asia Tenggara pula, Jakarta, Indonesia berada di tangga ke-13 dengan 160 buah, satu tangga mengatasi Bangkok, Thailand dengan 135 buah.

Jiran seberang tambak yang sering dijadikan rujukan warganet negara ini konon gah imej panorama pencakar langitnya cuma di posisi ke-16 dengan 128 buah bangunan sahaja.

Dalam pada itu, Johor Bahru, Johor dan George Town, Pulau Pinang di tangga ke-47 dan ke-50 dengan masing-masing memiliki pencakar langit sebanyak 36 buah dan 32 buah. Utusan

Kuala Lumpur ke-8 paling banyak bangunan tinggi di dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker