Pengurus maut bergaduh angkara sebut payudara besar

Pengurus maut bergaduh angkara sebut payudara besar

Seorang pengurus syarikat maut dalam pergaduhan di tempat letak kereta di Jalan Kenanga, Melaka semalam akibat mengeluarkan perkataan tidak senonoh.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, kejadian dikatakan berlaku antara 4 hingga 4.15 pagi, dengan mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Melaka kira-kira 5.20 pagi untuk menerima rawatan.

Sebelum kejadian kira-kira 2 pagi itu, katanya, mangsa yang dipercayai mabuk selepas berhibur, ke gerai dekat lokasi kejadian untuk makan dan minum bersama rakannya.

“Selepas makan, berlaku pertengkaran antara mangsa yang juga pengurus syarikat, dengan seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadi lelaki terbabit, masing-masing berusia 36 dan 27 tahun.

“Pertengkaran itu kemudian membawa kepada pergaduhan yang didakwa berpunca daripada mangsa bercakap kepada rakannya, dengan mengatakan wanita bersama ahli perniagaan itu mempunyai payudara besar,” katanya menurut Harian Metro.

Christopher berkata, pengawal peribadi ahli perniagaan itu yang mendengar percakapan itu, menegur mangsa dan memaklumkan wanita terbabit adalah “madamnya”.

Katanya, keadaan menjadi tegang dan berlaku tolak-menolak serta tumbuk-menumbuk antara mangsa, pengawal peribadi dan ahli perniagaan itu.

“Mangsa yang cedera dan tidak sedarkan diri dibawa ke hospital oleh dua rakannya untuk menerima rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati lelaki terbabit meninggal akibat tikaman.”

Susulan itu, tujuh individu berusia 26 hingga 38 tahun ditahan, termasuk ahli perniagaan itu, teman wanitanya berusia 26 tahun dan pengawal peribadinya, selain senjata dipercayai digunakan dalam pergaduhan, iaitu pisau dan batang besi dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pengurus maut bergaduh angkara sebut payudara besar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker