Caprice berdamai dengan anggota PDRM akhirnya

Caprice berdamai dengan anggota PDRM akhirnya

Sebagai tanda berdamai dan enggan untuk terus memanjangkan isu, penyanyi rap sensasi, Caprice secara terbuka telah bertemu dengan seorang anggota polis untuk memohon maaf atas keterlanjuran kata yang dituturkannya sebelum ini.

Bukan kepada anggota polis itu sahaja, malah Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli, 35, juga memohon maaf kepada seluruh anggota unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tanda menghormati badan beruniform itu.



Menerusi hantaran yang dimuat naik Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli, 35, dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Dem Girls itu berkongsi momen saat menikmati makan malam bersama seorang anggota polis dikenali sebagai Syafiq di sebuah restoran.

“Saya dengan Syafiq sekarang untuk makan malam. Daripada kita bergaduh, lebih baik kita berdamai. InsyaAllah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Caprice juga turut memohon maaf kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana caranya yang begitu kasar dan lantang.

“Saya juga nak minta maaf pada PDRM mungkin cara saya terlalu kasar. Syafiq seorang anggota polis yang bagus. Dia pun dah minta maaf.



“Jujurnya seluruh keluarga saya memang kakitangan kerajaan dan saya sentiasa sokong PDRM,” jelasnya.

Turut sama berada di restoran tersebut ialah isteri kepada Caprice, Farra Inalis serta seorang lagi wanita bersama seorang bayi dipercayai isteri dan anak kepada Syafiq.

Tindakan berani dan murni Caprice yang mahu dikenali sebagai Daddy Cap itu sekali gus telah menuai pujian daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan tindakan yang telah dia lakukan.

“Ini baru betul, kalau ada salah faham terus berjumpa dan berbincang, kita orang Melayu penuh adat dan adab,” kata seorang netizen.



“Mantap, tiada guna bergaduh akan benda yang sia-sia, tabik hormat buat mereka berdua sebab berani bersemuka,” ujar seorang lagi netizen.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila Caprice bertindak untuk mengambil tindakan kepada seorang lelaki dipercayai seorang anggota polis yang melemparkan kata-kata kesat melalui komen dalam laman Instagramnya

“Pegi tampau (tampar) muka pelat Caprice tu,” demikian komen anggota polis tersebut.

Namun begitu, pelantun lagu Baby Sayang itu bertindak untuk berjumpa sendiri dengan pegawai polis yang dikenali dengan nama Amyrol Syafiq untuk berbincang dan berdamai. K Online



Caprice berdamai dengan anggota PDRM akhirnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker