Pendedahan SPRM terhadap PDRM, Menteri KDN janji beri respon segera
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti pendedahan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, berhubung salah laku polis tidak diendahkan.
Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya harus memberi respon segera termasuk mengambil beberapa langkah mengatasi dan menambah baik integriti polis.
“Kami harus meneliti di mana lagi boleh beri tambah baik. Jangan berlaku keadaan bertambah buruk,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri polis.
Terdahulu, laporan New Straits Times memetik, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai berkata, ada antara agensi kerajaan tidak mengendahkan aduan salah laku membabitkan kakitangan mereka walaupun SPRM mengesyorkan tindakan diambil.
Malah, kata Azam, lebih 500 laporan salah laku yang sebahagiannya dikemukakan 12 tahun lalu masih belum diambil tindakan oleh ketua jabatan dengan SPRM masih menunggu tindakan susulan daripada agensi kerajaan berkenaan.
Menurutnya, daripada keseluruhan 553 laporan, laporan tertinggi membabitkan polis iaitu 125 laporan diikuti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, beliau tidak mahu hanya melihat dari sudut angka dikemukakan itu agar tidak mahu wujud ‘jenayah sindrom’.
Katanya, terdapat lebih 120,000 anggota polis menjalankan tugas penuh dedikasi.
“Kami bertekad usaha penambahbaikan, kerana integriti polis harus diyakini segenap lapisan rakyat.
“Saya fikir langkah terbaik adalah kita terima. Jadi, reaksi kami harus menunjukkan sikap segera melakukan penambahbaikan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, KDN sedang menyiapkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) dalam usaha mengenal pasti jumlah sebenar pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Katanya, negara tidak ada perkongsian data dengan UNHCR walaupun mereka mengatakan 185,760 orang pelarian dan pemohon suaka tinggal di Malaysia.
“Kita mesti uruskan pelarian ini. Caranya mesti bermula dengan dapatan data yang tepat. Data terbesar ada dengan UNHCR tetapi keadaan sekarang tak berlaku perkongsian (data) antara mereka dan kita,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama
You must be logged in to post a comment.