Risiko cetus murka halang rampasan kuasa
Risiko cetus murka halang rampasan kuasa
Risiko mencetuskan kemurkaan raja akan menghalang sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan terlibat dalam komplot dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Seorang pemimpin BN yang enggan dinamakan berkata, perancang komplot itu akan berhati-hati berikutan titah Sultan Johor berhubung keperluan mengekalkan kestabilan politik.
“Ingat, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah memberi amaran kerana Johor akan menjadi Yang di-Pertuan Agong seterusnya,” katanya.
Rabu lalu, Sultan Ibrahim bertitah “sudah-sudahlah” berikutan laporan 10 Ahli Parlimen BN berhasrat memaksa pilihan raya kecil diadakan dengan meninggalkan parti itu. Mereka semua sebelum ini menyokong Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin selepas PRU 2022.
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman mencetuskan spekulasi dengan hantaran berbunyi: “Sudah 126…jika benar, alhamdulillah.”
Sumber BN itu berkata, dakwaan 126 Ahli Parlimen menyokong pembangkang tidak berasas.
Katanya, PN juga perlu meyakinkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyokong mereka, selain BN. GPS mempunyai 23 kerusi, BN (30) dan PN (74).
Majoriti mudah 112 kerusi Dewan Rakyat diperlukan untuk membentuk kerajaan.
“Persoalannya ialah sama ada GPS akan menyokong PN adalah tanggapan yang kami rasa tidak logik. Rakyat Sarawak tidak akan bersetuju dengan GPS,” kata sumber itu sambil menambah GPS mendapat manfaat besar sejak Anwar menjadi perdana menteri.
Rabu lalu, sumber memberitahu FMT, Istana Negara tidak akan melayan sebarang dakwaan berhubung Anwar hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, sebelum ini bertitah baginda tidak berhasrat terlibat dalam politik dan menyeru ahli politik menerima keputusan PRU. FMT
Risiko cetus murka halang rampasan kuasa
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama