Remaja tikam sepupu, tanam mayat tepi ladang jagung

tanam mayat tepi ladang jagung

Seorang remaja menyerah diri kepada polis selepas membunuh sepupunya berhubung satu pertikaian sebelum menanam mayat mangsa di sebuah ladang jagung di Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Anggota polis dari Balai Polis Laem Chabang dan unit penyelamat Sawang Prateep Sri Racha menemui mayat mangsa yang ditanam di sebuah padang berhampiran ladang jagung di wilayah Chon Buri semalam.

Siasatan bermula selepas Om-rup-tepe, 18, datang ke Balai Polis Laem Chabang untuk menyerah diri.

Remaja itu mengaku membunuh sepupu lelakinya, Yong, 35, selepas berbalah semasa mereka mabuk di sebuah kem pekerja dekat lokasi kejadian.

Selepas bertikam lidah, suspek mula bergaduh dengan sepupunya dan akhirnya menikam mati mangsa.

Dia kemudian menyeret mayat lelaki itu ke seberang jalan dan menanamnya. Suspek menutup kubur itu dengan menggunakan pokok jagung.

Selepas pulang ke rumah dan tidur, dia berasa bersalah dan memilih untuk menyerah diri di Balai Polis Laem Chabang.

Pagi semalam, polis menghubungi saudara-mara mangsa dan mengiringi mereka ke lokasi mayat itu ditanam.

Memandangkan lokasi kejadian berada di bawah bidang kuasa Balai Polis Nong Kham, suspek diserahkan untuk siasatan lanjut dan berdepan tindakan undang-undang. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker