Anwar cabar PN bawa sokongan ke parlimen

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mencabar pemimpin Perikatan Nasional (PN) membawa usul di parlimen bagi membuktikan dakwaan bahawa kerajaan kini goyah dan bakal tumbang

Berucap di rumah terbuka Aidilftri Malaysia Madani di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang, hari ini, Anwar berkata dia sedia berdepan dengan ahli parlimen pembangkang sebaik saja parlimen bersidang semula hujung bulan ini.

‘Kita akan adakan sidang parlimen dalam dua minggu ini; dan sekiranya ada angka, bawa.



“Saya akan berdepan dengan orang yang membawa usul dan kita bertempur di parlimen. Tapi dengan syarat ini episod akhir supaya kita boleh tumpu tadbir negara,” katanya.

Terdahulu, Anwar membandingkan dirinya dengan perdana menteri sebelum ini yang juga pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, tanpa menyebut namanya.

“Seorang bekas perdana menteri telah memilih untuk mengisytiharkan darurat (dan menggantung parlimen). PM yang mengelak berdepan dalam soal siapa yang mempunyai keabsahan.

“Mantan PM dahulu memilih untuk mengistihar darurat. PM sekarang memilih untuk bertempur di parlimen sekiranya mereka ada angka.



“Jadi dengan kenyataan ini saya harap dimatikan segala kenyataan-kenyataan yang menggugat kestabilan.

“Saya yakin dengan angka yang ampuh, kita masih bertahan 148 kerusi. Dan oleh demikian kalau kamu mahu cabar, cabar di parlimen akan datang bulan Mei ini,” katanya.

Khabar angin mengenai pertukaran kerajaan- atau perdana menteri – bermula sejak PH menjalinkan kerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 tahun lalu.

Lima bulan kemudian, khabar angin serupa timbul semula membabitkan dakwaan terdapat usaha untuk mengadakan pilihan raya kecil di kerusi yang disandang wakil rakyat BN dengan cara mereka keluar parti.



Berucap di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak yang hadir bersama isterinya, Khadijah Mohd Noor, Anwar turut memohon maaf kerana menggunakan majlis sambutan hari raya untuk menjawab isu yang bukan isu rakyat.

Pemimpin lain yang turut hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, ketua menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan pemimpin PH Pulau Pinang, serta beberapa pemimpin Umno pusat dan negeri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker