Lepas akaun bank Abah dibeku, PAS cari Atok – Khalid
Lepas akaun bank Muhyiddin dibeku, PAS cari Atok – Khalid
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad membayangkan seakan ada motif tersembunyi di sebalik keputusan PAS untuk bertemu dengan musuh lama Dr Mahathir Mohamad.
“Mungkin benar apa yang dikatakan oleh budak-budak netizen, PAS kini mencari sumber kewangan baru untuk membiayai partinya.
“Selepas akaun bank Abah dibeku, mungkin kini PAS mencari Atok pula yang dananya masih banyak dalam akaunnya, tanpa mengira berapa harga yang perlu dibayar,” katanya pada satu kenyataan malam tadi.
Abah merupakan nama panggilan untuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin manakala akaun parti itu telah dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah.
Akaun Bersatu didakwa digunakan untuk menerima sogokan yang kemudiannya digunakan untuk membiayai kempen Perikatan Nasional pada pilihan raya tahun lalu.
Sementara itu, Mahathir, 97, dituduh mengumpul kekayaan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri kali pertama dahulu – satu dakwaan yang dinafikannya.
Mahathir baru-baru ini menyaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana membuat dakwaan sedemikian.
Rabu lalu, pemimpin tertinggi PAS termasuk Presidennya Abdul Hadi Awang bertemu dengan Mahathir untuk menandatangani “Proklamasi Orang Melayu” – dokumen yang menggesa orang Melayu bersatu untuk “menyelamatkan” kaum mereka.
Sebelum ini, Hadi juga pernah berkongsi pentas dengan Mahathir semasa “Kongres Martabat Melayu” pada 2019.
Menjelaskan tindakannya menandatangani proklamasi itu, Hadi semalam berkata perjuangan berasaskan kaum ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Bagaimanapun, Khalid – yang juga bekas ahli PAS – berkata ini tersasar daripada dasar parti itu sebagai sebuah parti Islam inklusif yang merangkumi semua tanpa melihat kaum. Mk
Lepas akaun bank Abah dibeku, PAS cari Atok – Khalid
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.