Proklamasi Orang Melayu, Pemimpin Gerakan bidas PAS dan Bersatu

Seorang pemimpin Gerakan menegur tindakan rakannya, PAS dan Bersatu yang menyokong Proklamasi Orang Melayu diasaskan Dr Mahathir Mohamad, sambil menyifatkan ia “tidak wajar”.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, berkata pemimpin pembangkang seharusnya bersatu membantu membangunkan ekonomi rakyat yang kini semakin tertekan, bukannya mengaktifkan gerakan berasaskan kaum.

“Dalam politik, mereka nak buat apa kita tak boleh stop (hentikan) sebab ini negara demokrasi tetapi isunya sekarang adalah ekonomi rakyat. Barang semua naik, tetapi dalam poket rakyat tiada duit.



“Jangan kucar-kacirkan keadaan, bersama bantu bangunkan ekonomi rakyat. (Pembangkang) kongsi pandangan dengan kerajaan agar gaji rakyat dapat naik, polisi rakyat semakin baik…jangan main politik lagi,” katanya kepada

Bagaimanapun, Oh berkata kekecewaan itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili partinya secara keseluruhan.

Gerakan, parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai PAS dan Bersatu.

Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu menandatangani Proklamasi Orang Melayu, selepas tular beberapa gambar pada Selasa menunjukkan pertemuan dua tokoh negara itu.



Tiga pemimpin Bersatu – Ahmad Faizal Azumu (timbalan presiden); Razali Idris (ketua penerangan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (ahli Majlis Pimpinan Tertinggi) – turut menandatangani proklamasi itu atas kapasiti peribadi.

Veteran DAP Lim Kit Siang kemudian mendesak Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Hadi “mengisytiharkan” mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Di tengah-tengah spekulasi rancangan untuk menggulingkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Lim menyatakan bagaimana Sultan Johor Ibrahim Sultan Iskandar menggesa agar ketidakstabilan politik dihentikan, dengan menitah “sudah-sudahlah”.

Persiapan PRN



Mengulas mengenai agihan kerusi di Pulau Pinang menjelang PRN, Oh berkata rundingan sudah lebih 90% selesai dan ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“PN Pulau Pinang fokus bertanding di 23 kerusi dan kita masih dalam rundingan untuk memuktamadkan baki kerusi,” katanya.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker