PM ucap Selamat Hari Wesak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara.

Anwar menerusi ciapan di Twitter berkata, Hari Wesak adalah hari besar buat kalangan penganut Buddha di mana mereka memperingati tiga peristiwa penting melalui satu perayaan (Trisuci Wesak).

“Perayaan ini bertujuan memperingati lahirnya pendiri ajaran Buddha yakni Pangeran Siddharta Gautama, dan setelah itu mencapai Penerangan Agung pada umur 35 tahun dan kemudian matinya Pangeran Gautama pada umur 80 tahun.

“Penganut Buddha percaya bahawa untuk mencapai kebahagiaan tingkat tinggi atau Nirvana adalah dengan melawan dan membenam sikap keserakahan, kebencian dan kejahatan. Inilah falsafah yang sangat universal yang boleh diteladani dengan cermat,” katanya di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau sengaja menyingkap falsafah Hari Wesak sebagai usaha dan upaya memupuk kasih sayang, kemuliaan insan, prinsip hidup berdamping (coexistence), hormat menghormati dan hidup dalam keadaan aman dan berukun.

“Malaysia dikurniakan dengan pelbagai perayaan dan budaya, dan ia sepatutnya memberi keinsafan kepada diri kita untuk terus membawa mesej kasih sayang dan keamanan bersama persefahaman yang utuh sebagai jalan menghindari kebinasaan dan kepunahan tata hidup masyarakat majmuk di negara ini.

“Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia,” tambahnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker