Penduduk Setiu gempar temui kesan tapak kaki harimau dalam kampung
Penduduk Kampung Sungai Bari di sini, dilanda kebimbangan berikutan penemuan kesan tapak kaki haiwan liar dipercayai harimau di perkampungan mereka kelmarin.
Kesan tapak kaki harimau berkenaan ditemui beberapa pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sewaktu memulakan tugas pada sebelah pagi.
Kejadian terbaharu itu berlaku kurang dua bulan selepas kemunculan dua ekor harimau belang yang menggemparkan 380 penduduk Kampung Merbau Menyusut di sini pada Mac lalu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah menghantar pengawai ke lokasi berkenaan sebaik menerima maklumat berhubungan penemuan tapak kaki haiwan berkenaan.
“Berdasarkan kesan tapak kaki itu, kita percaya ia milik seekor harimau belang yang datang dari hutan simpan berhampiran.
“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang aduan kes serangan terhadap haiwan ternakan dan penduduk,” katanya di sini semalam.
Sehubungan itu, Kean Seong mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada ekoran perkembangan terbaharu itu.
“Jika terserempak dengan harimau belang, segera maklumkan kepada Perhilitan.
“Jangan lakukan perkara yang boleh mengancam nyawa seperti menghampiri haiwan buas itu semata-mata untuk mengambil gambar atau video,” tegasnya.
Kosmo! pada 17 Mac lalu melaporkan, bangkai tiga ekor lembu ternakan ditemui dipercayai selepas diserang harimau belang di Kampung Merbau Menyusut.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Merbau Menyusut, Mohd. Zamri Embong berkata, beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak dengan kelibat seekor harimau betina dan anaknya di sekitar lokasi penemuan bangkai lembu berkenaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.