Isteri TMJ syukur Bella dapat pembelaan

Isteri TMJ syukur Bella dapat pembelaan

Keprihatinan ramai, termasuk keluarga Diraja Johor dalam mendapatkan pembelaan bagi remaja perempuan Sindrom Down, Bella, terjawab apabila tertuduh, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menerusi perkongsian di Facebook miliknya menyatakan, kes seumpama itu patut dijadikan pengajaran dan tidak seharusnya berulang atau berlaku.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada aktivis #JusticeforBella, peguam lantikan Tunku Mahkota Johor, pasukan pendakwaan dan individu lain yang begitu prihatin dengan tragedi yang berlaku kepada Bella.

“Saya dan Tunku Mahkota Johor amat prihatin terhadap isu penderaan kanak-kanak dan berpandangan kes ini perlu diambil sebagai pengajaran,” katanya.

Susulan kebimbangan dalam kalangan masyarakat berkaitan kes Bella, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, menitahkan empat peguam menyertai perbicaraan itu serta memberikan segala bantuan yang sewajarnya kepada mangsa, bagi memastikan keadilan terhadap mangsa.

Empat peguam terbabit adalah Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Mahkamah Sesyen, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. BH

Isteri TMJ syukur Bella dapat pembelaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker