Hikmah ayat 6 dan 7 surah al-Fatihah
Hikmah ayat 6 dan 7 surah al-Fatihah
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”. “(Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”
Pertama: Anjuran untuk selalu berdoa kepada Allah S.W.T. dan meminta keteguhan di atas jalan yang lurus.
Kedua: Jalan yang lurus adalah jalan yang haq yakni jalan Islam yang berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah, sesuai dengan pemahaman para Sahabat.
Ketiga: Hidayah Taufiq adalah hak mutlak milik Allah S.W.T.
Keempat: Penyandaran nikmat kepada Allah S.W.T. semata, yakni yang diberikan kepada orang-orang yang Allah beri nikmat. Hidayah tersebut mutlak merupakan kurnia dari Allah S.W.T. semata.
Kelima: Anjuran untuk mencari suri tauladan yang baik kemudian mengikuti jalan Nya dan menjauhi suri tauladan yang buruk kemudian menjauhi jalan Nya.
Keenam: Ayat ini juga menganjurkan atau mendorong bagi seorang Muslim untuk berilmu terlebih dahulu sebelum beramal.
Ketujuh: Ayat ini juga adalah satu bentuk celaan terhadap orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya dan juga terhadap orang yang beramal tanpa berilmu.
Kelapan: Ayat ini menjadi celaan terhadap orang yang menyerupai Yahudi dan Nasrani.
Kesembilan: Ayat ini juga menjadi pelajaran bahawa manusia itu terbagi menjadi 3 golongan :
a. Manusia yang Allah beri nikmat kepada mereka.
b. Manusia yang dimurkai Allah.
c. Manusia yang sesat.
Kesepuluh: Ayat ini menjadi pelajaran bahawa di antara sebab-sebab yang dapat membuat manusia menyimpang dari jalan yang lurus adalah kerana kebodohan yang ada pada dirinya dan juga kerana mengikuti hawa nafsu sehingga dia membangkang terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya.
Kesebelas: Keutamaan penyebutan dari yang paling parah yakni Allah S.W.T. mendahulukan penyebutan orang-orang yang dimurkai baru kemudian menyebutkan orang-orang yang sesat kerana orang yang dimurkai ini lebih jauh penyimpangannya terhadap kebenaran dari pada orang-orang yang sesat. Sebab, orang yang menyisih kebenaran sedangkan ia mengetahuinya lebih sukar untuk kembali kepada kebenaran daripada orang yang menyisih kebenaran kerana kebodohannya.
Walau bagaimanapun ayat akhir dalam surah al-Fatihah ini lebih sesuai dikaitkan dengan ayat 69 surah an-Nisa’,
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).” Utv
Hikmah ayat 6 dan 7 surah al-Fatihah
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)
You must be logged in to post a comment.