Mesin kira kehadiran jemaah ke masjid kini dipasang
SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang melaksanaakan penggunaan mesin kiraan kehadiran jemaah ke masjid bagi tujuan pengumpulan data.
Menjadi satu-satunya mesin seumpamanya di negara ini, ia salah satu kaedah kiraan jemaah ke masjid selain penggunaan kiraan secara manual yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa sesebuah masjid sebelum ini.
Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd. Zaidi Ramli berkata, penggunaan mesin berkenaan adalah selari dengan Pelan Peningkatan Jemaah Masjid Negeri Sembilan (Jemaah) 2023-2024.
Jelasnya, ia diwujudkan bagi menyemarakkan lagi aktiviti solat berjemaah selain mengoptimumkan usaha peningkatan jemaah masjid.
“Mesin ini dapat mengimbas keluar masuk jemaah ke ruang masjid termasuk mengkategorikan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Data dan bilangan tersebut kemudian akan dibekalkan secara langsung dan terus ke dalam satu sistem dan ia boleh dilihat menerusi aplikasi di dalam telefon pintar.
“Menerusi pelan yang kami wujudkan itu, setiap masjid akan menghantar jumlah kehadiran jemaah mereka pada setiap waktu solat, penggunaan mesin ini salah satu usaha yang dapat membantu pihak masjid untuk tujuan berkenaan.
“Berdasarkan data yang diperoleh, pelbagai program boleh dirangka oleh pihak jabatan dan masjid termasuk menerusi program yang sedia ada di dalam pelan berkenaan bagi meningkatkan kehadiran jemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tambah Mohd. Zaidi, buat permulaan, mesin dikenali dengan nama Smart Jemaah tersebut dipasang di lapan buah masjid di negeri ini dan kemudiannya akan diteruskan di masjid-masjid lain mengikut kemampuan sesebuah masjid tersebut.
“Tahun lalu berdasarkan data yang dikumpulkan kehadiran secara purata jumlah jemaah bersolat jemaah di masjid-masjid di Negeri Sembilan adalah seramai 52,000.
“Menerusi pelan yang kami sediakan tersebut, sasaran diletakkan adalah dengan peningkatan 100 peratus iaitu seramai 124,000 orang jemaah pada tahun ini,” katanya.
Mohd. Zaidi berkata, mesin kiraan jemaah tersebut hasil ciptaan inovasi pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Kuala Pilah yang telah memenangi pertandingan inovasi dianjurkan JHEAINS pada 2019.
“Mesin ini akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa dengan harapan suatu masa nanti inovasi tersebut bukan sahaja dapat mengira kehadiran jemaah malah dapat mengenal pasti jemaah masjid mengikut kategori seperti lelaki mahupun wanita serta usia jemaah,” katanya. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aiman Tino nikah Khamis ini
- Apa nak jadi entahlah
- Lakukan kelucahan melampau terhadap bayi, polis cari Nenobota Marisa
- MCA tidak terlibat dengan rancangan keji – Wee Ka Siong
- Ira Kazar raya tanpa Syamsul?
- Saya Rasa Menyesal – Mira
- Tindakan ‘buang’ tudung, Alya Iman hanya ingin jadi diri sendiri
- Pesawat Boeing 737 terpaksa berpatah balik, engin terbakar di udara [VIDEO]
- Aduh negeriku, kualiti air teruk dan sampah kotor berlonggok
- Tuan rumah hidang 70 bekas kuih raya (Video)
- Saya tak boleh jawab – Haqiem Rusli
- Jangan layan orang gila – TMJ
- Yusof Haslam kongsi pengalaman: ‘Dulu isteri saya pernah rasa dipinggirkan, sehingga…’
- Kemalangan bas ekspres-Myvi, pemandu bas akhirnya meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.