Bahan dorong kanser dikesan dalam mee segera buatan Malaysia, Indonesia

Bahan dorong kanser dikesan dalam mee segera buatan Malaysia, Indonesia

Dua jenis mee segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan yang mendorong penyakit kanser, menurut Jabatan Kesihatan Taipei, semalam.

Jabatan itu mengumumkan hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mee segera yang terdapat dalam pasaran di Taipei, tahun ini, lapor agensi berita CNA.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mee segera berjenama ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mee segera berjenama ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Jabatan itu berkata, ujian dijalankan berjaya mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mee dan peket perencah produk Malaysia terbabit, manakala produk Indonesia berkenaan pula hanya terkandung dalam peket perencah.

Peruncit yang sampel mee segera berkenaan diambil tetapi tidak didedahkan – telah diarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit, dan pengimportnya pula akan didenda antara NT$60,000 (kira-kira RM8,600) hingga NT$200 juta (kira-kira RM28.87 juta), menurut jabatan itu.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Biro Bahan Kimia dan Toksik bahawa Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar peringkat Kabinet, etilena oksida adalah beracun apabila dimakan atau dihidu.

Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, etilena oksida juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata yang terkena bahan terbabit, malah ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran serta keturunan.

Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mee segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu. CNA

Bahan dorong kanser dikesan dalam mee segera buatan Malaysia, Indonesia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker