Wanita dilarang ke masjid untuk solat hari raya?
Wanita dilarang ke masjid untuk solat hari raya?
Wanita tempatnya yang afdal untuk melaksanakan ibadah solat bukanlah di masjid, tetapi seeloknya dibuat di rumah. Akan tetapi terdapat hadis Nabi s.a.w. yang menyeru kaum wanita, untuk bersama-sama hadir ke masjid menunaikan solat hari raya.
Suruhan ini seakan memberi satu bayangan bahawa ada sesuatu hikmah yang tersirat, mengapa kaum wanita disuruh ke masjid sekalipun sedang berada dalam keadaan haid.
Jika kita rujuk kepada hadis yang diriwayatkan dari Ummu Athiyyah katanya,
“Kita kaum perempuan diperintah supaya menyuruh keluar gadis-gadis dan perempuan-perempuan yang masih muda.”
Juga dari riwayat Hafshah ada penambahan yang mengatakan,
“Yang disuruh keluar itu ialah gadis-gadis dan perempuan-perempuan muda, bahkan yang sedang haid, tetapi yang sedang haid ini disuruh memencilkan diri, iaitu berada agak jauh dari tempat solat hari raya itu, iaitu yang diadakan di lapangan.” (HR Bukhari)
Menjelaskan permasalahan ini menurut Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malayasia, Khairi Khuzairi Omar menyatakan, memang benar tempat wanita bukan di masjid untuk menunaikan solat sebagaimana pendapat para ulama.
Jika kita lihat pandangan Imam Syafie sendiri, beliau menghukumkan makruh bagi wanita, terutama yang cantik paras rupanya untuk ke masjid. Hanya sekiranya mendapat keizinan daripada suami maka mereka disunatkan ke masjid.
Manakala bagi mazhab Maliki dan Hambali, mereka sepakat mengharamkan wanita untuk ke masjid, sekalipun untuk mendirikan solat hari raya atau Jumaat. Akan tetapi sekiranya wanita tersebut dalam lingkungan usia yang sudah tua, maka ia harus dan dibolehkan. Hanya Hambali yang mengharuskan setiap wanita untuk hadir ke masjid, tanpa mengira usia atau paras rupa.
Menurutnya lagi, larangan yang agak keras bagi wanita untuk keluar menunaikan ibadah di masjid adalah sebagai langkah bagi menjaga kemaslahatan dan maruah seorang wanita. Ditakuti jika keluar mungkin akan menimbulkan pelbagai fitnah. Ini kerana fitnah ini lebih besar kesannya daripada membunuh.
Sekalipun wujudnya pelbagai pandangan, namun itu bukanlah satu masalah yang besar. Apabila adanya dalil hadis sahih yang menyuruh wanita untuk beramai-ramai memenuhi masjid ketika solat hari raya. Dan ini menjadi bukti dibolehkan atau disunatkan untuk mengamalkannya.
Namun begitu, walaupun adanya dalil yang jelas berkaitan kebenaran wanita memenuhi ruangan solat sewaktu hari raya, jika wujud fitnah atau keadaan yang menimbulkan suasana kemaksiatan itu tidak dibolehkan sama sekali.
Terangnya, dengan berpakaian yang tidak menutup aurat, tidak menjaga adab seperti berbual, ketawa atau menjerit, bercampur lelaki wanita tanpa batasan, bersikap tabarruj dalam penampilan dan sebagainya, semua ini bertentangan dengan syariat Islam. Itu yang jelas sama sekali tidak dibenarkan.
Antara hikmah, mengapa Islam menyuruh kaum wanita untuk meramaikan masjid sewaktu solat hari raya supaya mereka dapat mendengar sendiri seruan doa, dan amanat yang ingin disampaikan oleh khatib ketika berkhutbah. Apatah lagi ini adalah hari gembira bagi umat Islam, maka hari ini setiap umat Islam berhak, untuk bersama-sama berhibur meraikannya.
Jika zaman Rasulullah dahulu, solat hari raya tidak didirikan di masjid, tetapi Baginda s.a.w. dan para sahabat akan berkumpul di kawasan lapang. Di sini mereka akan bersolat, mendengar khutbah dan membuat pelbagai persembahan bagi memeriahkan lagi perayaan.
Daripada Aisyah r.ha katanya,
“Ketika hari raya, orang-orang Habsyi datang ke masjid menunjukkan permainan pencak silat, lalu Rasulullah s.a.w. memanggil aku dan aku letakkan kepala ke bahunya. Aku ikut menonton pertunjukan itu sehingga aku puas.”
Katanya lagi, hari raya juga sebagai satu festival atau keraian besar yang harus disambut dan diraikan selepas mengharung pelbagai dugaan sepanjang Ramadan. Ia sebagai simbolik penyatuan seluruh umat Islam lelaki atau wanita dalam menzahirkan kemenangan melawan hawa nafsu, dan bagi menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang jumud yang tidak membolehkan sebarang hiburan dibuat.
Kehadiran kaum wanita ini, sebagai menunjukkan, kaum wanita bukanlah golongan yang dipinggirkan. Itulah yang membuktikan bahawa hebatnya orang Islam, kerana bersama-sama meraikan hari kebesaran.
Begitupun suasana di Malaysia agak berlainan, tidak semua masjid menyediakan ruangan untuk wanita bersama-sama kaum lelaki bagi mendirikan solat hari raya di masjid. Seharusnya setiap masjid ada menyediakan ruangan untuk wanita kerana ia merupakan suruhan Nabi s.a.w. Dan bagi yang sedang haid boleh disediakan ruangan di luar masjid.
Ini berdasarkan kepada kata Imam Nawawi,
“Kedudukan mereka hanya setakat di pintu masjid. Sabda Nabi s.a.w., “Dan wanita-wanita haid hendaklah berada di belakang orang ramai di mana mereka bertakbir bersama mereka.” (HR Muslim & Abu Daud)
Kenapa tidak solat Jumaat
Ditanya pula mengapa solat hari raya ada suruhan wanita ke masjid, sekalipun sedang haid, tetapi tidak pada solat Jumaat, menurut Khairil Khuzairi, “Perlu difahami bahawa solat Jumaat hanya diwajibkan kepada kaum lelaki sahaja, tetapi tidak pada kaum wanita. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.,
“Solat Jumaat itu adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat iaitu, hamba yang dimiliki, perempuan, anak kecil atau orang sakit.” (HR Abu Daud).
Imam Nawawi dalam kitabnya ar-Raudhah juga ada menyebutkan,
“Tidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan.”
Jelas di sini, kaum wanita tidak diwajibkan untuk ke masjid bersama-sama menunaikan solat Jumaat, sebagaimana dalil di atas. Berbeza dengan solat hari raya, memang terdapat dalil yang sahih menyebut tentang suruhan wanita, untuk bersama-sama ke masjid menunaikan solat sunat hari raya, sepertimana riwayat dari Ummu Athiyyah.
Ada pun antara sebab mengapa solat Jumaat hanya diwajibkan kepada kaum lelaki kerana, ia dilakukan setiap minggu, berbeza dengan solat hari raya yang hanya setahun dua kali didirikan.
Dan jika solat Jumaat turut disertai wanita, sudah barang tentu diperlukan ruang yang lebih luas bagi menampung jemaah yang ramai. Dan ini akan mendatangkan kesulitan kerana ditakuti tiada tempat yang cukup bagi lelaki.
Sekalipun harus bagi wanita mendirikan solat Jumaat, tapi lebih afdal di rumah sahaja. Ini kerana solat Jumaat juga dilakukan dalam waktu yang khusus, dan tidak boleh dilakukan secara berseorangan atau sebagaimana solat biasa. Ini pastinya akan menyukarkan urusan kehidupan kita. Wallahu a’lam Utv
Wanita dilarang ke masjid untuk solat hari raya?
Baca Artikel Menarik:
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
- Muda tidak beri “nilai tambah” kepada PH – Pemuda PKR
- Cuti umum tambahan perayaan Aidifitri
- Tol percuma 4 hari sempena Aidilfitri
- Sebab Syamsul tak lafaz cerai hari ini
- Syamsul, Sarah tak jadi cerai
- Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami
- Kamal sekarang dah lain – Uqasha
- Bekas staf dedah Mira suka ‘racun’ bos, View Chin pula suka sembang lucah
- Ah Moi dakwa View Chin merayu nak berbaik semula
- Remaja trauma diliwat pelajar senior
- Pukul, campak tukang cuci ke sungai
- ‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan – Dr Akmal
- Kena ambik watak penyondol yang alim, acah-acah suci – Michael Ang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa