Suami cekik isteri hingga mati

Suami cekik isteri hingga mati

KOTA KINABALU: Wanita maut dipercayai dicekik suaminya sendiri di bilik sewa di Jalan Pantai, di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari jiran pasangan itu yang terkejut apabila terdengar pertengkaran sebelum suami mangsa mengetuk pintu jiran dan meminta mereka keluar dari bangunan berkenaan, kira-kira jam 5 pagi.

Jirannya kemudian menghubungi polis pada jam 8 pagi sebelum mayat wanita itu ditemui manakala suaminya berusia 30-an turut ditemui terbaring dengan kesan kelar dan luka.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suaminya di dalam bilik sewa berkenaan.

Katanya, mangsa dipercayai dibunuh oleh suaminya berikutan terdapat kesan lebam pada lehernya, dipercayai dicekik, selain kesan luka pada dahinya.

“Kita percaya kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa terdengar pertengkaran antara kedua-dua mereka.

“Pasangan terbabit ditemui dalam keadaan terbaring dan jiran sedikit lewat menghubungi pihak polis kerana ketika kejadian, telefon bimbitnya tidak mempunyai kredit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Zaidi berkata, siasatan awal mendapati suami mangsa adalah pekerja restoran manakala isterinya seorang suri rumah.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. BH

Suami cekik isteri hingga mati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker