Wee ‘cakar’ kembali Loke, masih tidak jawab isu pokok
Meskipun selepas maklum balas Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata isu kekurangan penerbangan pada harga rendah antara Malaysia Timur dan Semenanjung masih tidak dijawab.
Ini selepas Loke menjemput Wee menghantar penumpang penerbangan tambang tetap dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, pada malam Khamis ini.
Loke sebelum ini menegaskan bahawa setiap 185 penumpang penerbangan itu hanya membayar RM249 untuk tiket mereka.
Susulan itu, Wee berkata dia membangkitkan isu tambang penerbangan selepas seorang penduduk Tawau mengadu tentang kekurangan penerbangan dan harga tiket yang terlalu tinggi, dan tiket sering melebihi RM1,000 pada musim perayaan dengan tempat duduk yang tidak mencukupi untuk menampung permintaan.
“Bolehkah menteri pengangkutan melakukan sesuatu yang dapat menurunkan harga dan menambah bilangan tempat duduk?
“Dengan itu, rakyat Malaysia boleh membayar harga yang lebih rendah dan berpeluang pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari perayaan,” kata Wee dalam kenytaan terbarunya mengenai isu itu.
Wee juga berterima kasih kepada Loke atas jemputan untuk menghantar penumpang penerbangan berkenaan Khamis, tetapi berkata, “namun, lebih baik sekiranya saya membantu orang ramai yang memerlukan tiket penerbangan murah untuk menghubungi YB Loke bagi mendapatkan bantuan.
“YB Loke boleh terus membantu dengan mendapatkan tiket yang murah untuk mereka pulang ke Tawau, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri hanya beberapa hari saja lagi,” katanya
Pertikaian mengenai tiket penerbangan ke Tawau – dan Malaysia Timur secara umumnya – bermula semalam selepas Wee membangkitkan isu mengenai tiket dijual pada harga RM3,138.
Semakan Malaysiakini semalam mendapati dakwaan Wee sebahagiannya betul, bahawa platform Super App AirAsia sememangnya menunjukkan bahawa harga tempat duduk ekonomi Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April akan menelan kos RM3,138.
Bagaimanapun, di laman web MAS sendiri, penerbangan yang sama dijual dengan tiket kelas perniagaan bermula daripada RM2,863.37, tanpa tempat duduk ekonomi ditawarkan.
Menurut Loke, semua tempat duduk ekonomi MAS untuk penerbangan itu telah dijual dan harga yang ditunjukkan pada Super App sebenarnya adalah untuk tiket kelas perniagaan, dan ia berharga RM2,863.40 dan bukan RM3,138.
Dia berkata Wee sepatutnya menyemak pelbagai sumber dan menggunakan platform MAS sendiri untuk membeli tiket penerbangan MAS.
Loke juga berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sedang mencari cara untuk memastikan aplikasi penerbangan tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga tiket penerbangan, dan MAS telah memfailkan injunksi untuk menghentikan AirAsia daripada menjual tiket MAS pada aplikasinya. Injunksi itu tidak dibenarkan.
Sementara itu, Wee menegaskan bahawa ramai pengguna biasa akan menggunakan aplikasi seperti Super App, Agoda, dan Booking.com untuk mencari tawaran terbaik bagi rancangan perjalanan mereka, dan mempersoalkan sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap AirAsia kerana menjual semula penerbangan MAS tanpa kebenaran.
“Jika terdapat dakwaan kenaikan harga yang tidak munasabah untuk tiket syarikat penerbangan tertentu daripada Super App ini, bukankah ia menjadi tanggungjawab MOT dan agensinya untuk memantau dan memastikan pengguna tidak menjadi mangsa?” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail macam mahu perpecahan kerajaan perpaduan – Loke
- Sivakumar tak perlu direhatkan – Anwar
- Tiba-tiba Kit Siang mahu UMNO jadi kuat
- Tanggal baju, Siti Nuramira didenda RM8,000
- Nasi Kandar Sulaiman jadi fenomena
- Rumahtangga Zulin Aziz dalam gelora, beri bayangan akan bercerai
- Insiden Yana, Aliff Syukri, ini komen penerbit program
- Suami Yana belasah Aliff Syukri?
- Rupanya ‘Influencer’ Popular Dah Kahwin Dengan Penyondol
- Ini komen pedas Mira, Influencer yang dikatakan sebagai penyondol
- Sambut Raya Di Luar Negara, Status Iddah Puteri Sarah dipersoal
- Pekerja belasah pengarah projek sebab lewat bayar gaji
- Kenapa tindakan main mercun hanya pada Aidilfitri?
- Kasih Iris Leona tak minat langsung ‘mat saleh’, tetap cari lelaki Melayu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.