Amaran keras main bunga api melebihi pukul 12 tengah malam – PDRM

 

KUALA LUMPUR – Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 atau tindakan lebih tegas.

Amaran itu diberikan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin yang turut menegaskan bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g



“Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

“Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang mendatangkan gangguan atau bahaya kepada orang lain juga merupakan satu kesalahan di mana tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

“Tindakan lebih tegas pula sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noorsiah, seluruh masyarakat terutama ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker