Tolong tambah baik skim pembantu tadbir N19 – CUEPACS

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan penambahbaikan skim perkhidmatan pembantu tadbir melalui pertambahan gred daripada lantikan N19 kepada gred baharu.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata penambahbaikan itu wajar dilakukan kerana kira-kira 350,000 pegawai pembantu tadbir di bawah skim itu telah menjalankan tugas yang melangkaui tugasan hakiki berdasarkan skim sedia ada.

“Skim ini dipanggil skim pembantu tadbir yang telah berkhidmat melangkaui tugasan biasa yang mereka ada satu ketika dulu, tetapi oleh kerana kelayakan semasa kemasukan, mereka masih dikekalkan dalam kelayakan masuk SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) maka itulah gajinya, sedangkan tugasan harian telah melangkaui beban skim yang sedia ada.



“Fungsi kita (pembantu tadbir) berubah kerana zaman juga berubah, seluruh dunia berubah, kena ubah bentuk skim ini, kerana dengan cara ini kita ada sedikit kelegaan dalam bentuk kenaikan gred dan kelebihan kenaikan gaji tahunan yang boleh berubah sedikit daripada biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs di sini semalam bagi membincangkan perkara itu.

Adnan berkata terdapat skim yang setara dengan skim pembantu tadbir yang grednya telah berubah, seperti juruteknik yang sebelum ini di gred maksimum J17 telah bergerak ke J29.

“Pembantu tadbir kewangan sudah berubah nama jawatan kepada pegawai audit dan naik gred kepada W29. Itulah yang kita mahukan kerana yang setara lantikan dengannya telah berubah, maka ini juga kita minta daripada kerajaan, dengan cara ini supaya mereka ada sedikit kelebihan dengan kenaikan gaji,” katanya.



Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap penjawat awam dengan memberikan pembayaran emolumen dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diawalkan kepada Jumaat.

“Ini adalah satu bantuan untuk berbelanja bagi tujuan memenuhi kehendak keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri… bagaimanapun, kita hendaklah bijak berbelanja agar tidak menjadi masalah di hari kemudian,” katanya.

Pada 10 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Penjawat Awam Persekutuan akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 dan bayaran gaji pada 14 April, iaitu awal tiga hari berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker