Pertempuran di Sudan: EgyptAir, Saudia Airline tangguh penerbangan

KAHERAH/RIYADH: EgyptAir dan Saudia Airline pada Sabtu mengumumkan menangguhkan penerbangan ke Sudan atas faktor keselamatan susulan pertempuran yang meletus di Khartoum.

Syarikat penerbangan Mesir itu memaklumkan bahawa penerbangan keluar masuk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum akan dihentikan selama 72 jam, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik kenyataan EgyptAir.

Sementara itu, menurut syarikat penerbangan Saudia Airline, semua penerbangan keluar masuk digantung sehingga diberitahu kelak, lapor Al Arabiya TV.



Keputusan itu dibuat selepas satu daripada pesawat Saudia Airline mengalami kemalangan di lapangan terbang Khartoum, menurut laporan itu.

Bunyi tembakan kedengaran di Khartoum ketika pertempuran meletus antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Dalam satu kenyataan RSF mendakwa pihaknya sudah menawan beberapa lokasi strategik di ibu negara termasuk lapangan terbang.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker