Menjelang PRN: Agihan kerusi BN-PH hampir selesai

Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah mencapai 80 peratus, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata baki 20 peratus lagi masih memerlukan perincian sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Secara umumnya, 80 peratus kita sudah ada satu kesefahaman, cuma ada 20 peratus lagi yang memerlukan perincian dan kita nampak tidak ada masalah besar dalam perundingan, suasananya cukup positif dan sudah tentu setiap badan gabungan perlu kembali kepada parti masing-masing.



“Itu sahaja boleh saya katakan, selebihnya kita tunggu apabila kita sudah memuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Colek Bersama Media Kelantan, di sini malam tadi.

Sementara itu beliau berkata Umno melihat PRN melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan pada tahun ini menjadi ‘ujian litmus’ pertama kerjasama dan persefahaman buat BN dan PH di peringkat persekutuan menerusi Kerajaan Perpaduan.

Katanya sifat realistik penting dan PRN dijadikan pentas pertama bukan sahaja menguji tetapi mahu melihat perkara yang boleh ditambah baik.

“Paling penting kerajaan yang ada perlu stabil dari segi ekonomi, pembangunan sosial. Disebabkan perbalahan politik lebih empat tahun lalu Malaysia sudah jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran,” katanya.



– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker