Lelaki maut jatuh dari tingkat lima pusat beli-belah

Seorang lelaki ditemui terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan pusat beli-belah di Jalan Lapan Belas hari ini. -Foto: Ivan Amirul-

Seorang lelaki ditemui terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan pusat beli-belah di Jalan Lapan Belas hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.24 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 37 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, lelaki berkenaan dipercayai terjatuh dan berada dalam keadaan meniarap di atas lantai luar bangunan terbabit.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati lelaki itu dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan. Pemeriksaan di tingkat lima mendapati sepasang selipar dipercayai milik mangsa masih berada di bahagian tingkat.



“Mangsa parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE). Siasatan sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek



Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker