Tiara Andini teruja pergi bazar Ramadan di Malaysia

Penyanyi terkenal Indonesia, Tiara Andini mengakui lebih gemar menikmati makanan yang dijual di tepi jalan berbanding di restoran mewah.

Tiara, 22, yang berkunjung ke Malaysia untuk rakaman lagu baharunya berkata, dia tidak sabar untuk mencuba makanan jalanan di Malaysia termasuk mahu ke bazar Ramadan.

“Ini kali pertama saya datang Malaysia dan sudah tentu saya mahu cuba makanan yang sedap-sedap di negara ini.



“Tiga hari di sini saya mahu jalan-jalan dan cari makanan street food, mereka kata mahu bawa saya ke bazar Ramadan. Saya lebih suka makanan di pinggir-pinggir jalan berbanding di restoran kerana lebih sedap.

“Semalam sahur saya dah cuba kari, lepas ini nak cari roti canai dan nasi lemak yang pedas,” ujarnya pada majlis Media Gathering Tiara Andini di Universal Music, di sini, semalam.

Dalam pada itu, berkongsi tujuannya datang ke Malaysia, penyanyi lagu Merasa Indah itu berkata, dia dalam proses merakam lagu baharu dengan komposer Korea Selatan, Hyuk Shin.

Menurut Tiara, single bergenre rancak tersebut akan menampilkan sisi lain dirinya sebagai penyanyi.



“Syukur saya ditemukan dengan komposer Korea Selatan oleh pihak Universal Music dan cuba merakam lagu rancak.

“Sebenarnya saya peminat K-pop dan tak sangka dapat menyanyikan lagu berunsur K-pop. Pada saya lagu ini bakal mempamerkan sisi diri yang berbeza.

“Peminat selalu dengar suara saya menyanyikan lagu sedih tapi kali ini karya rancak pula. Ini satu cabaran buat saya,” ujarnya.

Selain itu, Tiara berkata, dia bakal mengadakan konsert di Malaysia pada Jun depan.



Biarpun sudah biasa membuat persembahan di Indonesia, Tiara akui perasaan gementar tidak boleh dielak.

“Insya-Allah pada Jun mendatang saya akan mengadakan konsert di Malaysia.

“Saya sudah biasa menyanyi tapi perasaan gementar itu masih ada terutama jika melakukan persembahan berskala besar, apatah lagi ini pertama kali di sini.

“Saya selalu berinteraksi dengan peminat di Malaysia dan ramai yang memberi sokongan untuk saya buat persembahan di sini,” ujarnya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker