Dapat RM100,000 daripada Ebit Lew, bapa kepada 4 anak terkorban menafikan

“Saya tidak terima wang RM100,000 daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew seperti yang didakwa pihak tertentu,” kata Tien Ko Htut, 31.

Ko Thut yang juga bapa kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor di sini, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan itu.

Dia dan isterinya, Nabila Sedu, 30, masih lagi bersedih dengan pemergian empat cahaya mata dalam tragedi kebakaran rumah pada 29 Mac lalu.



“Saya tak terima sejumlah wang seperti didakwa pihak tertentu. Kalau ada pihak boleh buktikan, tunjukkan.

“Kalau Ebit Lew bagi duit sejumlah itu dekat saya tunjuklah, kerana saya tidak pernah terima duit sebanyak itu,” katanya pada malam Ahad.

Pekerja kedai makan itu juga berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh pihak berkuasa atau sesiapa sahaja berkaitan isu itu.

“Saya bersedia dan tunjukkan bukti. Sebelum ini ada tuduhan yang dibuat kepada saya dan isteri kononnya saya sudah kaya… ada dapat duit diberikan RM100,000 dari pendakwah terkenal tersebut dan terus simpan di institusi kewangan.



“Kadang-kadang terfikir juga, kenapa orang yang tak kenal saya sanggup menabur fitnah.

Perlu tunjuk bukti dalam akaun bank saya. Pergilah cari periksa akaun bank saya, tiada masalah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.49 malam 30 Mac lalu, empat beradik berusia empat hingga lapan tahun dijumpai terbaring dalam bilik air selepas rumah didiami mereka terbakar.

Tragedi itu, mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.



Pada 31 Mac lalu, Ebit Lew menerusi perkongsian di akaun media sosial mendedahkan wajah empat beradik terbabit dalam keadaan bersih tanpa kesan terbakar.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan



Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker