Peluncur ombak Brazil tumbuk wanita di Bali
Seorang peluncur profesional dari Brazil dirakam menumbuk seorang wanita Amerika Syarikat (AS) beberapa kali di kepala selepas mangsa bergaduh dengan rakannya ketika meluncur ombak di Indonesia, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Sara Taylor dan warga Brazil, Adriano Portela berada di Uluwatu, barat daya Bali pada Rabu lalu apabila mereka meluncur ombak yang sama.
Dua peluncur itu percaya mereka berhak meluncur ombak tersebut tetapi pergaduhan singkat berlaku di dalam laut apabila mereka bertembung antara satu sama lain.
Oleh kerana marah bagi pihak rakannya, peluncur profesional dari Brazil, Joao Paulo Azevedo menyerang Taylor dengan menumbuknya di kepala. Mereka mengejar Taylor dan rakannya dari Britain, Charlie McCharg sebaik sahaja kembali ke pantai.
“Jangan rakam saya!” jerit Azevedo sebelum melemparkan penumbuknya ke muka Taylor dan menarik tuala daripada bahu mangsa.
Kumpulan itu mengelilingi Taylor dan menendang motosikal McCharg sehingga terbalik. Taylor didengari menyuruh mereka pergi sebelum video itu tamat.
Video serangan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan komuniti peluncur ombak termasuk juara liga Surf Dunia, Kelly Slater dan peluncur Australia, Felicity Palmateer.
Kelmarin penaja Azevedo, Quebra Onda menarik balik tajaan susulan insiden itu.
“Keputusan ini dibuat setelah menyedari kejadian yang berlaku. Kami mengulangi bahawa kami menolak semua jenis keganasan terutamanya terhadap wanita,” kata jenama itu dalam satu kenyataan.
Dalam video yang kemudian disiarkan di YouTube, Azevedo berkata, dia sangat menyesal dan malu tentang apa yang berlaku tetapi mendakwa dia adalah mangsa sebenar.
Sementara itu, jurucakap Polis Bali, Stefanus Satake Bayu Setianto mengesahkan bahawa Taylor dan McCharg telah membuat laporan kepada Polis Kuta Selatan. Portela dan Azevedo tinggal di Uluwatu dan perkara itu akan disiasat oleh Polis Bali. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
You must be logged in to post a comment.