MKT UMNO bersolidariti untuk berusaha bebaskan Najib

MKT UMNO bersolidariti untuk berusaha bebaskan Najib

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk bersolidariti dalam usaha ke arah pembebasan bekas presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang tertakluk di bawah Perlembagaan negara ini.

Ahli MKT, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, UMNO akan memastikan Najib akan mendapat perbicaraan yang adil agar dapat dilepaskan dan dibebaskan.

Justeru beliau berharap akar umbi parti memberi kepercayaan kepada Presiden, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamid dan ahli MKT yang berusaha memberi keadilan kepada bekas perdana menteri itu.

“MKT telah bersetuju sebulat suara untuk usaha-usaha ke arah pembebasan Datuk Najib dan segala usaha akan kita buat yang tertakluk di bawah Perlembagaan dan undang-undang.

“Bagi saya walaupun ia belum menjanjikan apa-apa, kita akan pastikan perkara ini berlalu begitu sahaja dan kita ada alasan-alasan yang kukuh untuk meneruskan usaha ini dan ia bukan melibatkan MKT sahaja di mana ia disambut ketua bahagian di seluruh negara.

“Saya juga yakin akar umbi akan sambut usaha ini dan beri kepercayaan kepada Presiden dan MKT untuk sama-sama berusaha tanpa putus asa untuk beri keadilan kepada Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mesyuarat MKT UMNO petang tadi sebulat suara bersetuju untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, akan mempersembahkan warkah rayuan kepada Seri Paduka beserta memorandum ditandatangani seluruh pimpinan UMNO daripada 191 bahagian.

Mengulas lanjut diminta mengulas mengenai surat tular didakwa daripada Tan Sri Azam Baki kepada Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat bertarikh 20 Februari lalu yang menyatakan siasatan SPRM telah menemui “isu salah laku” Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang “perlu dipertimbangkan oleh ketua hakim”, Shahaniza berkata, bukti baharu diharap dapat memberi keadilan kepada Najib.

“Bila kita lihat bukti SPRM keadilan dapat diberikan kepada Najib dan beliau (Hakim Nazlan) boleh dikenakan hukum sewajarnya,” katanya. MG

MKT UMNO bersolidariti untuk berusaha bebaskan Najib

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker