Buang air sambil pandang cermin besar

Sagita merakam swafoto di hadapan cermin panjang yang dipasang belakang pintu sebuah tandas. – TikTok

JAKARTA – Seorang pengguna TikTok di Indonesia mengundang geli hati netizen apabila memuat naik situasi sebuah tandas yang memiliki cermin besar di belakang pintunya, lapor laman berita  Suara.com.

Pengguna akaun @sagita_syah merakam dirinya duduk di atas mangkuk tandas dan menampakkan pantulan imejnya pada cermin besar yang dipasang di belakang pintu.

“Ini namanya buang air sambil menginsafi diri,” tulis Sagita.

Dalam komen berhubung paparannya, seorang pengguna media sosial menyatakan bahawa dia sukar untuk membuang air besar jika berhadapan dengan cermin besar seperti itu.



Ada juga netizen yang berasa geli hati dan tidak kurang juga meluahkan kebimbangan sekiranya ia boleh dilihat dari dua arah berbeza yang bermaksud individu di luar boleh melihat keadaan di dalam.

“Agak seram bila kita tersengih-sengih di hadapan cermin dan dapat dilihat orang luar, mahu menikmati waktu mandi juga tidak selesa,” komen seorang lagi netizen. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker