Khairy puji Anwar bertemu komuniti perniagaan Islam di China
Khairy puji Anwar bertemu komuniti perniagaan Islam di China
Khairy Jamaluddin memuji langkah Anwar Ibrahim melibatkan komuniti perniagaan Islam semasa lawatan perdana menteri ke China, dengan berkata ia secara tidak langsung menunjukkan solidariti pada etnik Islam Uighur.
Khairy Jamaluddin berkata, langkah Anwar secara tidak langsung menyentuh kedudukan minoriti masyarakat Islam di China tanpa membangkitkan isu yang boleh memalukan tuan rumah.
“Menunjukkan solidariti dengan umat Islam di negara itu tanpa membangkitkan isu Uyghur adalah satu langkah bijak,” kata bekas menteri kesihatan itu dalam podcast “Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan” yang dimuatnaik hari ini.
Shahril, bekas ketua penerangan Umno mempersoalkan sama ada isu Uighur telah dibangkit dalam lawatan, memandangkan kekurangan laporan dikeluarkan mengenai perkara itu.
Khairy berkata, terdapat isu-isu sensitif yang mungkin dibincang secara dalaman menerusi mesyuarat antara delegasi negara ini dengan China tanpa perlu disebut di luar.
“Saya pernah jadi saksi kepada pelbagai isu dibangkitkan dalam perjumpaan tertutup tetapi tidak disebut dalam kenyataan akhbar ataupun sidang media sebab ingin menjaga hubungan diplomasi,” katanya.
Sebelum lawatan itu, wujudnya pakar dasar luar mendesak Anwar membangkitkan dua isu sensitif dengan Presiden China Xi Jinping, iaitu pertikaian wilayah Laut China Selatan serta layanan buruk republik itu terhadap Uighur.
Dalam perkembangan berasingan, Khairy menyeru kerajaan melindungi hak penyewa di negara ini kerana mereka tidak dilindungi pengusiran paksa oleh tuan rumah serta potongan deposit tanpa sebab.
Beliau berkata, tiada tribunal menangani isu tersebut dan menyebabkan penyewa tiada pilihan selain membawa kes tersebut ke mahkamah yang mana mereka perlu menanggung yuran guaman mahal.
Katanya, perkara sedemikian tidak akan berlaku di negara tertentu yang mempunyai tribunal bagi menyelesaikan isu berkenaan dengan kadar segera.
“Terdapat juga undang-undang yang jelas mengenai hak kedua-dua penyewa dan tuan rumah,” katanya.
Tambahnya, di negara lain, sewa dihadkan untuk melindungi penyewa.
Pada 2020, menteri perumahan dan kerajaan tempatan ketika itu Zuraida Kamaruddin berkata, Akta Sewaan Kediaman bagi menangani masalah dalam pasaran sewa akan dibentangkan di Parlimen pada 2021.
Bagaimanapun, rang undang-undang itu tidak pernah dibentangkan. FMT
Khairy puji Anwar bertemu komuniti perniagaan Islam di China
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak