Zahid lantik Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA yang baharu

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melantik bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Santuni Kasih Ramadan Kedah di Masjid Al-Aqla, Pekan Jitra, di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Abdul Azeez akan menggantikan bekas Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi memegang jawatan itu.



“Di bawah kementerian, kami ada Lembaga Kemajuan Wilayah yang meliputi kawasan-kawasan di luar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) yang menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan luar bandar untuk negeri Kedah.

“Dahulunya, KEDA di bawah pimpinan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang telah dilantik oleh kerajaan (kini) diberikan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Ahmad Zahid menyatakan, Jamil Khir yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai akan diberikan peluang lain di peringkat nasional.

Dalam perkembangan sama, beliau berharap jalinan agensi-agensi di bawah KKDW dan kerajaan negeri perlu dilakukan dengan cara paling mudah.



Pada Ogos 2022, Jamil Khir menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi KEDA menggantikan Exco Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker