Bekas Speaker DUN Selangor, Tan Sri Onn Ismail meninggal dunia

SHAH ALAM – Veteran politik yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Tan Sri Onn Ismail, 84, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 7.15 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya Datin Paduka Datuk Nor Hayati ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.

“Perkhabaran ayah (Onn Ismail) meninggal dunia itu benar. Ayah meninggal dunia sangat tenang. Beliau tidak mengidap sebarang penyakit kronik cuma sakit orang tua sahaja. Ada keluar masuk hospital tapi ayah pergi dengan tenang,” katanya ketika dihubungi.



Onn berkhidmat sebagai Speaker DUN Selangor selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008, Pengerusi Tetap UMNO Malaysia dari 2004 hingga 2007, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa selama tiga penggal dari 1974 hingga 1982 dan sebagai ADUN Selat Klang selama tiga penggal dari 1986 hingga 1995.

Jenazah beliau dijangka disolatkan di Masjid Kampung Raja Uda dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja Uda selepas solat Zohor esok

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker