Isteri maut disyaki dipukul suami guna tukul besi
Isteri maut disyaki dipukul suami guna tukul besi
Seorang wanita maut disyaki dipukul suami menggunakan tukul besi ketika bertengkar di rumah mereka di Kampung Besol, Dungun, Terengganu, pagi tadi.
Ketua Polis Dungun Baharudin Abdullah, berkata mangsa, Rubiah Sabtu, 41, yang juga peniaga kedai runcit meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian muka, lapor Utusan Malaysia.
“Dipercayai berlaku perselisihan faham yang menyebabkan suami mangsa tiba-tiba bertindak luar kawalan,” katanya yang memberitahu pasangan itu baru berkahwin tahun lalu.
Baharudin berkata, suspek yang berusia lingkungan 30an kemudiannya pergi ke rumah ahli keluarganya yang tinggal berhampiran dan memberitahu kejadian itu.
Katanya, ahli keluarga yang terkejut dengan pengakuan suspek terus membuat laporan polis.
“Kita telah menahan suami mangsa yang disyaki melakukan perbuatan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. FMT
Isteri maut disyaki dipukul suami guna tukul besi
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak