Pengimport telur tuntut RM20 juta dari Azmin
Pengimport telur tuntut RM20 juta dari Azmin
Pengimport telur J&E Advance Tech Sdn Bhd telah menghantar surat undang-undang kepada bekas ahli parlimen Gombak, Azmin Ali selepas dia mendakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan memperoleh kontrak untuk mengimport telur itu melalui rundingan terus.
Dalam surat yang dihantar melalui firma guaman Han & Zi, syarikat itu menuntut Azmin membayar RM20 juta sebagai ganti rugi kerana didakwa menjejaskan reputasinya, selain kos perundangan untuk prosiding.
Ia juga menuntut Azmin menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas dakwaannya, dan berjanji tidak akan mengulanginya.
“Sekiranya kami tidak menerima jawapan yang memuaskan dalam tempoh tujuh hari dari penerimaan surat ini, arahan kami adalah untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda,” kata surat itu.
Syarikat itu menyasarkan ucapan Azmin di Kuala Lumpur pada 11 Mac, terutamanya sebahagian daripada ucapan di mana Azmin mendakwa Deepak telah memperoleh kontrak untuk mengimport telur melalui rundingan terus.
Kerajaan telah meluluskan import telur dari India sehingga Jun untuk menangani kekurangan teruk telur ayam di pasaran tempatan.
Dua hari selepas Azmin berucap, pengimport tunggal telur itu – J&E Advance Tech – menafikan ia memperoleh kontrak melalui rundingan terus dan mengancam untuk menyaman jika Azmin tidak membuat “kenyataan pembetulan” dalam masa 72 jam.
Dalam surat tuntutannya hari ini, peguam syarikat itu berkata dakwaan Azmin dalam ucapannya adalah tidak benar sama sekali dan secara berniat jahat memutarbelitkan fakta, memberikan gambaran bahawa kerajaan korup dan tidak amanah serta anak guamnya tidak berprinsip dan menipu.
Sebelum ini, syarikat itu juga mengancam untuk menyaman Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong selepas Wee menyorot isu mengenai harga dan kualiti telur import, berbanding telur tempatan biasa.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata Wee tidak boleh disaman kerana kenyataannya dibuat semasa prosiding parlimen dan dengan itu dilindungi di bawah Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.
Deepak, sebelum ini menafikan kaitan dengan J&E. Semakan ke atas maklumat syarikat J&E dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Deepak tidak disenaraikan sebagai pemegang saham atau pengarah dalam syarikat itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Deepak berkata dia telah membuat laporan polis terhadap Azmin berhubung perkara itu dengan mendakwa Azmin telah memfitnahnya. Mk
Pengimport telur tuntut RM20 juta dari Azmin
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak