Haji Hadi tegas tidak akan bersara dari politik

Bersara daripada perjuangan kerana faktor usia disifatkan sebagai teori barat sekular dan tidak berwawasan akhirat, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, para rasul tidak bersara daripada melaksanakan tugas mereka disebabkan faktor usia dan yang paling utama mereka mempunyai wawasan akhirat yang kekal abadi.

“Saranan sedemikian wajib ditolak, sekalipun yang mengatakannya itu bertaraf ahli falsafah, pemikir, ilmuwan, profesor dan sebagainya, kerana ilmunya tanpa berpandukan hidayah.

“Ukuran mereka itu hanyalah faktor umur, bukan faktor mukallaf,” katanya menerusi Minda Presiden Pas pada Selasa.



Abdul Hadi berkata, al-Quran menceritakan bahawa semua rasul berdakwah dan berpolitik dalam menghadapi kerajaan dan rakyat pada zaman masing-masing sepanjang hayat, sehingga tamat ajalnya di alam dunia.

Jelasnya, hanya sejumlah kecil dalam kalangan rasul yang sempat memimpin negara manakala sebahagian besarnya tidak berkesempatan sehinggakan mereka wafat dan sebahagian lagi bersama pemerintah tanpa memimpin negara.

“Nabi Daud AS menjadi khalifah, Nabi Sulaiman AS pula menjadi raja dan Nabi Muhammad SAW memimpin dan memerintah negara dengan adil bersama petunjuk ALLAH SWT. Mereka semua berdakwah dan berpolitik sehingga wafat.

“Manakala Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS dan lain-lain tidak sempat melihat kerajaan berdaulat yang menjadikan kitab ALLAH sebagai petunjuk dan terus berjuang sehingga masing-masing wafat.



“Nabi Nuh AS berdakwah dan berjuang sehingga 950 tahun lamanya tidak bersara sehingga baginda wafat,” kata Abdul Hadi,

Abdul Hadi menjelaskan, para rasul itu menjadi ikutan dan teladan kepada seluruh manusia dengan berdakwah membawa Islam yang sempurna bagi menyelamatkan dan mengajak manusia kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran.

“Khususnya, kemungkaran yang dilakukan oleh pihak yang memerintah negara melibatkan aspek politik yang menyebabkan kemungkaran yang besar menimpa umat dan negara,” tegasnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker