Mangsa diraba dua kali
Mangsa diraba dua kali
Pengurus pasukan skuad berbasikal bukit (MTB) Mohd Saiful Abdul Jalil dimaklumkan bahawa mangsa gangguan seksual kemungkinan ‘diraba’ sebanyak dua kali ketika menjalani latihan pada pertengahan bulan lalu.
Saiful berkata, hal terbabit menyebabkan mangsa yang juga antara prospek untuk mengekalkan pingat emas di Sukan Sea Kemboja mengambil keputusan menarik diri daripada pasukan kerana mengalami gangguan emosi dan trauma dengan kejadian terbabit.
Beliau berkata, hasil daripada maklumat yang diperoleh, gangguan seksual itu berlaku pada 15 dan 19 Mac lalu ketika pasukan MTB menjalani latihan di Putrajaya.
“Selepas kejadian itu, mangsa terus pulang ke Sabah dan memberitahu mahu menarik diri daripada pasukan MTB negara untuk ke Sukan Sea Kemboja pada Mei ini.
“Mangsa memberitahu apa yang terjadi dan dilakukan oleh jurulatih berkenaan menyebabkan kami memberikan kata-kata semangat untuk dia membuat laporan Polis untuk tindakan susulan.
“Ketika ini, mangsa berada di kampungnya di Sabah dan terdapat pasukan perubatan Majlis Sukan Negara (MSN) yang memantau keadaannya terutama berkaitan emosi selepas melalui detik hitam,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Sebelum itu, Arena Metro melaporkan persiapan skuad berbasikal MTB negara ke temasya Sukan Sea Kemboja boleh dikatakan sedikit terganggu apabila dikhabarkan terdapat seorang pelumba wanita mengalami gangguan seksual ketika menjalani latihan bersama pasukan.
Pelumba wanita berusia 20 an itu yang juga pemenang pingat di temasya Sukan Sea Vietnam tahun lalu mengharungi detik hitam terbabit kebelakangan ini dan lebih mengejutkan lagi pelakunya adalah jurulatihnya sendiri.
Berikutan bimbang situasi bertambah buruk, pelumba berkenaan mengambil tindakan segera dengan membuat laporan Polis untuk tindakan lanjut selain turut mengadu perkara itu kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Selain itu, Saiful berkata, kejadian terbabit mengganggu persiapan skuad MTB negara yang hanya berbaki sebulan sebelum berlepas ke temasya Sukan Sea Kemboja.
“Saya akui kejadian ini menyebabkan perancangan terganggu kerana terpaksa menunda sesi latihan di Sabah selain hampir kehilangan pelumba berpotensi untuk negara.
“Pada masa sama, saya juga sudah mencadangkan beberapa individu yang akan menggantikan tempat jurulatih terbabit untuk membantu melicinkan persiapan pasukan,” katanya. HM
Mangsa diraba dua kali
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak