Musa Hassan fail tuntutan nusyuz terhadap isteri
Musa Hassan fail tuntutan nusyuz terhadap isteri
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah, di sini pada Jumaat, sehari selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai di mahkamah sama di Shah Alam.
Bagaimanapun, Musa, 72, yang hadir di mahkamah pada jam 2.45 petang dengan diwakili peguam syarienya, Mohd Rifahmi Abdul Musikin tidak mendedahkan butiran tuntutan terhadap Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, secara terperinci.
“Permohonan nusyuz dibuat atas alasan ingkar dan tidak taat, saya tidak boleh cerita panjang, biarlah mahkamah yang menentukan,” katanya.
Bagi prosiding berkenaan, mahkamah menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.
Ditanya mengenai penafian isterinya, sebagai individu yang menyebarkan video berkenaan sehingga tular di media sosial, Musa berkata, ia perlu dirujuk dengan pihak polis.
Krisis rumah tangga Musa kembali diperkatakan apabila isterinya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun, yang juga bekas ahli perniagaan, memfailkan permohonan berkenaan kerana shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 lalu dan dikurniakan seorang anak.
Pada 9 Mac lalu, Musa berkata, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baharu sebaliknya berlarutan hampir tiga tahun, malah mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menghormati privasinya.
Sebelum ini, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak.
Polis mengesahkan, telah membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak awal bulan ini. Sinar
Musa Hassan fail tuntutan nusyuz terhadap isteri
Baca Artikel Menarik:
- Najib sengaja tidak dibebaskan?
- Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
- Hujah padu dan satu-satunya Hakim yang berpihak kepada Najib Razak
- Mia Sara tanggal tudung, berparti?
- I am such a bad husband – Remy Ishak
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
- Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal
- Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi
- Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari
- Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya
- Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri
- Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan
- Biodata Artis Pachara Apin, Profail dan Latar Belakang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz