Anak Najib perlu tampil pertahan legasi bapa – penganalisis

Anak Najib perlu tampil pertahan legasi bapa – penganalisis

Anak-anak Najib Razak kini perlu tampil kedepan bagi memastikan legasi bekas perdana menteri itu terus kekal selepas beliau sudah kehabisan semua saluran untuk merayu sabit kes rasuah SRC International, kata penganalisis politik.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, melainkan Najib mendapat pengampunan diraja, Nooryana Najwa, Nizar Najib dan Nazifuddin Najib perlu untuk mengambil alih tanggungjawab itu.



Bagaimanapun, Awang Azman berkata, beliau menjangkakan ketiga-tiga mereka berdepan kesukaran sekiranya mahu mendaki tangga politik seperti bapa mereka.

“Menjadi anak kepada bekas perdana menteri sudah tidak menjadi semakin tidak relevan kerana ketika ini semua dinilai pada prestasi,” katanya kepada FMT.

“Ramai individu lebih muda dan berkarisma di padang yang semakin terbuka dan kompetitif.”

Pada pagi semalam, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dalam kes SRC.



Beliau akan meneruskan hukuman penjara 12 tahun melainkan mendapat pengampunan diraja.

Tunku Mohar Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, penglibatan Nooryana dan Nizar dalam politik dilihat mudah kerana pengaruh bapanya yang masih kuat.

Bagaimanapun, mereka perlu berusaha sendiri untuk terus naik ke atas tanpa kehadiran bapa mereka.

Ketiga-tiga anak Najib baru-baru ini dilantik ke beberapa jawatan dalam Umno. Nizar sebagai timbalan ketua Bahagian Pekan, adiknya Nazifuddin ketua bahagian Langkawi dan Nooryana dipilih sebagai exco Puteri Umno.



Undi simpati untuk Umno?

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, keputusan mahkamah tidak akan membantu Umno mendapat undi simpati kerana parti itu tidak menggunakan jenama Najib sebagai kempen dalam pilihan raya sebelum ini.

“Mereka tahu pengundi Melayu sedar dengan skandal kewangan Najib, jadi mereka cuba menjauhkan nama beliau daripada kempen mereka,” katanya.

Tunku Mohar berkata Umno tidak boleh menggunakan keputusan mahkamah itu untuk meraih simpati dalam pilihan raya negeri akan datang kerana seseorang perlu menjadi mangsa terlebih dahulu.



“Persepsi awam ketika ini tiada penganiayaan berlaku,” katanya.

Awang Azman yakin Umno mungkin menggunakan kes mahkamah itu untuk meraih simpati pengundi, tetapi Perikatan Nasional juga boleh mengambil kesempatan untuk memujuk pengundi menolak Umno. FMT

Anak Najib perlu tampil pertahan legasi bapa – penganalisis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker