Tular anggota disyaki ambil suapan, polis jalankan siasatan

Tular anggota disyaki ambil suapan, polis jalankan siasatan

Polis menyiasat video yang didakwa memaparkan seorang anggotanya menerima suapan di daerah pantai timur Sabah.

Ketua Polis Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek, mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung klip itu yang tular di media sosial.

“Siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard polis daerah untuk memastikan sama ada terdapat sebarang salah laku oleh anggota berkenaan.

“Sekiranya ada bukti, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit serta pihak yang memberi rasuah,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Fuad meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Sandakan Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013 3811239.

Dalam klip berdurasi 15 saat itu, kelihatan dua lelaki berpakaian seragam polis berdiri di depan sebuah kedai bersama dua lagi lelaki berpakaian biasa berdiri di belakang anggota berkenaan.

Seorang daripada lelaki berpakaian biasa itu kemudian kelihatan mencapai sesuatu di dalam beg dan menyerahkan kepada salah seorang anggota sebelum mereka beredar. FMT

Tular anggota disyaki ambil suapan, polis jalankan siasatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker