Rangka T-Rex 67 juta tahun

Rangka T-Rex 67 juta tahun

Kakitangan Muzium Dinosaur Aathal giat menjalankan kerja-kerja pemasangan semula rangka Tirannosaurus atau T-Rex berusia 67 juta tahun menjelang hari pamerannya sebelum dilelong 18 April depan.

Rangka 3.9 meter itu dipasang di atas permaidani merah dan di bawah candelier kristal di dewan konsert Zurich untuk dipamerkan kepada orang ramai.



Kurator muzium itu, Yolanda Schicker-Siber berkata, pemasangan semula rangka yang digelar Trinity itu bukan tugas mudah.

“Tulang itu sangat-sangat tua. Usianya 67 juta tahun.

“Jadi, ia mudah rapuh dan retak.

“Nampak stabil, tetapi kita tidak akan tahu jika ada retakan, kita perlu menyediakan gam,” katanya.



Beliau berkata, muzium dinosaur yang dikendalikannya bersama bapanya di luar Zurich tidak mampu membeli Trinity.

“Tetapi jika seseorang membelinya dan tidak tahu di mana untuk meletakkannya, kami mempunyai muzium (dengan bilik) untuk T-Rex,” katanya.

Trinity dihantar ke Zurich menerusi sembilan peti gergasi dari Arizona, Amerika Syarikat.



Selepas pameran itu, rangka itu akan dilelong dengan Pusat Lelong Koller menganggarkan nilainya antara enam hingga lapan juta Franc Swiss (RM28.87 juta ke RM38.49 juta).

Tetapi Christian Link, yang bertanggungjawab ke atas memorabilia sejarah semula jadi di Koller berkata, dia percaya anggaran itu terlalu rendah.

Katanya, dia ingin melihat sebuah muzium Switzerland membeli Trinity supaya khazanah itu terus kekal di negara ini.

Trinity terdiri daripada bahan tulang dari tiga spesimen T-Rex, yang digali antara 2008 dan 2013 daripada Hell Creek dan Lance Creek, Montana dan Wyoming, Amerika Syarikat.



Kedua-dua tapak itu terkenal dengan penemuan dua rangka T-Rex penting lain yang sudah dilelong. HM

Rangka T-Rex 67 juta tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada



Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker