Ikan buntal tak boleh dijual – KP kesihatan
Ikan buntal tak boleh dijual – KP kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai berhubung larangan penjualan ikan buntal yang sudah ditetapkan dengan jelas mengikut Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972.
“Selain itu, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menerangkan dengan secukupnya larangan dalam penjualan mana-mana makanan mengandungi bahan beracun, berbahaya atau sebaliknya memudaratkan kesihatan.
“Oleh itu, ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal membabitkan 18 kematian dilaporkan sejak 1985 hingga Mac ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menghasilkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.
Justeru, katanya, KKM akan terus mendidik orang ramai mengenai keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.
“Tinjauan dijalankan FSQD KKM pada 2019 menunjukkan bahawa 86% daripada responden terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai bahaya pengambilan ikan buntal,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita maut, manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang, Johor selepas makan ikan buntal.
Anak pasangan itu, Ng Ai Lee, 51, berkata bapanya, Lim Siew Guan yang berusia 84 tahun, yang dirawat di ICU HEBHK, membeli ikan itu daripada penjual ikan yang kerap berkunjung ke kampung mereka.
“Dia tidak akan membeli sesuatu yang boleh menyebabkan kematian untuk dimakan dan membahayakan nyawa mereka,” kata Ng.
Racun dikenali sebagai tetrodotoksin terdapat dalam ikan buntal boleh menyerang sistem saraf dan sangat berbahaya. Racun ini didakwa lebih berbahaya dibandingkan racun sianida. FMT
Ikan buntal tak boleh dijual – KP kesihatan
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low
- MP PAS digantung 3 hari
- Mahakamah Persekutuan putuskan Jumaat ini kedudukan akhir Najib Razak
- Janna tayang badan seksi lepas ‘workout’, netizen minta hormat bulan Ramadhan
- Fadzil soal Diana, netizen kecam tak payah ‘busy body’
- Rasmi X90 SUV terbaru PROTON
- Arab Saudi sahkan Anwar dijadual bertemu Raja Salman – Wisma Putra
- Fadhlina jawab sindiran MP PAS, Saya mengajar 10 tahun di UKM
- Farid Kamil ada bukti wujud orang ketiga dalam rumah tangga
- Ameera Khan : Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Jadi Isteri
- 50 khemah karnival Aidilfitri terbalik, barang jualan rosak dibadai ribut [VIDEO]
- Diana elak Farid peluk
- Anak pengasas Dnars buat tuntutan hadhanah terhadap adik bongsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.