Ranking Harimau Malaya naik lagi, kini ke 138 dunia

DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Menurut pengiraan laman Footy Rankings, skuad negara akan memperolehi 5.27 mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan dan 4.85 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong.

Ia sekali gus menyaksikan Malaysia akan melonjak ke kedudukan ke-138 dengan mengumpul 1,082.13 mata dengan kemas kini rasmi hanya akan dilakukan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 6 April depan.

Mengikut kemaskini terakhir ranking FIFA pada 22 Disember tahun lalu, Malaysia berada di ranking ke-145 dunia dengan 1066.60 mata dan belum dicampur dengan kiraan mata ketika aksi Piala AFF 2022.

Untuk rekod, ranking terbaik yang pernah diraih skuad negara adalah di kedudukan ke-75 manakala ranking terburuk adalah di kedudukan ke-178 dunia.

Kedudukan ke-138 dunia itu bakal menyamai kedudukan terbaik skuad kebangaan pada 2011 selelas memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah berada di kedudukan itu sebelum mengalami kejatuhan ke tangga ke-178 pada tahun 2018.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker