Pelakon Veteran Ed Asner Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Ed Asner Meninggal Dunia

PELAKON televisyen terkenal Ed Asner dilapor meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Berita kematiannya disahkan keluarga mendiang pada Ahad.

“Dengan penuh rasa dukacitanya kami memaklumkan ayahanda tercinta meninggal dunia pagi ini, dalam keadaan tenang.

“Tiada kata dapat menyatakan kesedihan yang kami rasakan.

“Selamat malam, ayah. Kami amat menyayangimu,” tulis keluarganya di akaun Twitter pelakon itu.

Pemenang tujuh anugerah Emmy ini pernah muncul dalam drama, rancangan televisyen, dan filem selepas mendapat peluang terbesar melalui rancangan “The Mary Tyler Moore Show.”

Asner menempa nama sebagai bos bilik berita Lou Grant dalam sitkom ikonik itu dari tahun 1970 hingga 1977.

Asner juga menyumbang suara kepada watak utama Carl Fredericksen dalam filem animasi “Up” yang turut dicalonkan untuk anugerah Oscar bagi kategori Filem Terbaik.

Edward Asner dilahirkan pada 15 November 1929 di Kansas City, Missouri.

Anak bongsu daripada lima anak ini pernah bekerja sebagai pengarang di surat khabar sekolah menengahnya selain minat bermain football.-BBC News

Pelakon Veteran Ed Asner Meninggal Dunia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker