Mahathir perli Anwar tidak disambut ketua negara
‘Saya tak pernah disambut pegawai berpangkat rendah di luar negara’
Mahathir perli Anwar tidak disambut ketua negara
Bekas perdana menteri dua kali Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak pernah disambut oleh pegawai berpangkat rendah dalam setiap lawatan rasminya.
Malah, kata Dr Mahathir tidak ada satu ketua negara pun yang tidak menyambutnya.
“Ini lawatan rasmi, saya semasa jadi perdana menteri membuat lawatan rasmi di banyak negara.
“Tidak ada satu negara pun yang tidak sambut saya dan saya disambut oleh ketua negara,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Mahathir berkata demikian mengulas kunjungan Anwar ke Arab Saudi, baru-baru ini.
Anwar dilaporkan disambut oleh Gabenor Jeddah, Putera Saud Abdullah dalam upacara sambutan rasmi dengan kawad statik.
Dia tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz pada 22 Mac, diiringi isteri, Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Sementara itu, Mahathir yang juga bekas ahli parlimen Langkawi berkata dia juga tidak faham mengapa Anwar tidak disambut oleh kepimpinan tertinggi Arab Saudi.
“Tak tahulah kenapa. Saya pun tak faham Raja Saudi dan Raja Mohamad tak nak jumpa dengan Anwar.
“Tetapi mereka mungkin mempunyai satu pandangan, yang kita tak tahulah, yang menyebabkan mereka tidak ingin berjumpa dengan Anwar bila dia pergi ke sana .
“Yang jumpa dengan Anwar pun pegawai yang berpangkat rendahlah,” katanya.
Anwar berkunjung ke Arab Saudi dari 22 Mac hingga 24 Mac.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu atas jemputan putera mahkota Saudi dan Anwar dijadualkan berjumpa dengan Raja Salman dan putera mahkota yang menukar jadual menjelang Ramadan.
Namun, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan. Anwar berkata kerajaan Saudi memohon supaya kunjungan itu dilanjutkan, namun delegasi Malaysia terpaksa menolak kerana perdana menteri mempunyai atur cara dan jadual lain yang ketat.
Pemimpin pembangkang, khususnya Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Perikatan Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menyifatkan kejadian itu sebagai memalukan.
Dia juga membuat perbandingan sambutan “dingin” yang diterima Anwar dengan kunjungan ketika Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri yang diberi keistimewaan memasuki Kaabah.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff berkata lawatan Anwar tidak seharusnya dinilai semata-mata kerana tiada pertemuan dengan raja dan putera mahkota Arab Saudi.
Dia sebaliknya mengetengahkan perkara lain dalam agenda Anwar, termasuk menerima kunjungan hormat daripada setiausaha agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha.
Anwar juga, katanya, menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan rakan sejawatan mereka di Arab Saudi serta berjumpa dengan komuniti perniagaan di Jeddah. Mk
Mahathir perli Anwar tidak disambut ketua negara
Baca Artikel Menarik:
- Anak mengaku salah kelar ibu, adik
- Sup kaki ayam zombie bazar Ramadhan
- Ibu Neelofa Kongsi Amalan Bidaah Baca Bismillah 787 Kali – Ustaz Syihabudin
- Haidar Hasanudin dituduh mabuk ketika memandu
- Yusof Haslam bersama bapa Sarah
- Lawatan Anwar ke Arab Saudi memalukan – Khairy
- Mana Syamsul, tanya netizen
- Penduduk sabotaj kamera trafik ‘cekik darah’
- Reen Rahim akhirnya bangun sahur
- 4 orang ditahan gaduh sesama jiran gara-gara halang laluan koridor
- Along hina Islam, ugut peminjam
- Peniaga sembunyi lauk dalam tandas, nasi bungkus dalam mesin basuh
- Dakwaan bolot kekayaan negara, Mahathir melenting dengan Anwar!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET