Malaysia perlu turunkan taraf hubungan dengan Arab Saudi

Mahathir telah rosakkan hubungan baik Arab Saudi dan Malaysia maka Malaysia perlu turunkan taraf hubungan tersebut.

Oleh Norzahira

MASIHKAH kita ingat betapa baiknya hubungan Arab Saudi dan Malaysia ketika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri? Pada masa itu, Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud berpendapat hubungan Malaysia dan negaranya berada pada tahap tertinggi dan akan terus diperkukuh pada masa hadapan.

Namun hubungan baik tersebut hancur sebaik sahaja PH 1.0 yang diketuai Mahathir memerintah negara. Sejak Najib tidak menjadi PM, Arab Saudi semakin kurang mesra dengan PM Malaysia seperti Mahathir, Muhyiddin Yasin, Ismail Sabri dan Anwar Ibrahim.



Memandangkan Arab Saudi semakin dingin terhadap Malaysia maka eloklah Malaysia turunkan taraf hubungan dengan Arab Saudi bagi menunjukkan bahawa Malaysia bukan tergila-gilakan sangat hubungan dengan negara tersebut.

Arab Saudi perlu sedar siapa Anwar Ibrahim yang merupakan pujaan rakyat. Beliau menjadi idola ramai anak muda Malaysia. Dan yang paling penting, Anwar tidak kisah hubungan hambar Malaysia dan Arab Saudi.

Ketika Najib jadi PM, sejumlah besar anggota kerabat diraja, menteri kabinet dan pegawai tinggi tentera Arab Saudi hadir dalam majlis santapan tengah hari sempena acara lawatan rasmi ke Malaysia. Suasana itu melambangkan tahap kepentingan yang diberikan Arab Saudi kepada hubungan antara Riyadh dan Kuala Lumpur.

Hubungan istimewa antara kedua-dua negara diterjemah kepada aspek yang boleh memanfaatkan rakyat Malaysia. Layanan dan bantuan yang dihulurkan Arab Saudi kepada jemaah haji dan umrah Malaysia sangat baik.



Malah syarikat Malaysia iaitu Prasarana memenangi kontrak bagi pengoperasian dan penyeliaan sistem Metro Arafah-Mina.

Mahathir telah rosakkan hubungan baik Arab Saudi dan Malaysia maka Malaysia perlu turunkan taraf hubungan tersebut. Ini hasilnya bila kita tidak bersyukur atas nikmat yang dikecapi selama ini. Harga yang mahal terpaksa dibayar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker