Aksi Frontliners Berjoget Hiburkan Penduduk Perumahan Undang Sebak Netizen [VIDEO]

Aksi Frontliners Berjoget Hiburkan Penduduk Perumahan Undang Sebak Netizen [VIDEO]

Gelagat sekumpulan petugas barisan hadapan berjoget sambil mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) bagi menghiburkan penduduk di sebuah kawasan perumahan mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.

Video berdurasi 45 saat yang dikongsi seorang pengguna Twitter @brgsjks bukan sahaja menunjukkan petugas barisan hadapan berjoget malah tindakan mereka seolah-olah mahu memberikan semangat kepada penduduk.

Berdasarkan video terbabit, rata-rata penduduk dilihat berada di rumah masing-masing dan hanya petugas barisan hadapan sahaja berada di luar premis.



VIDEO DIBAWAH:-

Menurut seorang pengguna Twitter, @MatYiie, dia selalu berasa benci apabila melihat orang berjoget tanpa hala tuju seperti video yang dipaparkan itu.

“Tapi bila tengok frontliners ini buat, aku rasa gembira, kagum dan sebak sebab tahu mereka bekerja lebih daripada sepatutnya. Mereka sudah terlampau penat, moga Allah mudahkan semua urusan mereka,” katanya.



@ChBursaDaughter pula menyifatkan dia berasa sebak selepas melihat usaha petugas barisan hadapan untuk mengurangkan tekanan orang awam.

“Kenapa sebak ini? Sampai macam itu sekali frontliners kita berusaha untuk tak nak bagi orang awam sedih.

“Kalau semua mahu tahu, nak bagi imunisasi badan kita kuat, bukanlah makanan semata-mata sebaliknya emosi juga main peranan,” katanya. – K! ONLINE

Aksi Frontliners Berjoget Hiburkan Penduduk Perumahan Undang Sebak Netizen [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Frontliner Ini Menari TikTok, Tapi Mak Cik Di Belakang Tu Lagi Dahsyat..

[VIDEO] Pemuda Bertekak Dengan Frontliner Sebab Cucuk Hidung Kuat Masa Swab Test.. Padahal Dia Pernah Adjust Hidung Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker