Nike Akan Hentikan Penjualan Di Israel Tahun Hadapan

Nike Akan Hentikan Penjualan Di Israel Tahun Hadapan

Sebuah berita yang mengejutkan apabila Nike selaku jenama sukan popular memaklumkan untuk hentikan penjualan di Israel seawal tahun hadapan. Langkah yang dibuat Nike membuatkan ramai yang beranggapan Nike mahu memboikot Israel.

Dalam pada itu, Nike tampil memaklumkan tujuan menghentikan penjualan di Israel adalah disebabkan perubahan polisi terbaru mereka. Difahamkan perubahan yang dibuat jelas bakal memberi kesan besar kepada ratusan kedai sukan sekitar Israel sekaligus ekonomi negara tersebut.

Untuk pengetahuan, bukan sahaja Nike yang memilih untuk menghentikan penjualan di Israel malah, syarikat ais krim popular iaitu Ben & Jerry’s turut mengumumkan perkara yang sama.

Selain itu, adidas sebelum ini turut mengumumkan untuk tidak menaja liga bola sepak Israel namun menolak spekulasi di mana langkah yang dibuat tidak mempunyai kaitan dengan keadaan politik Israel. Vc

Nike Akan Hentikan Penjualan Di Israel Tahun Hadapan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker